Tak selesai masalah, Dr Noor Hisham ulas isu mogok doktor kontrak

March 29, 2023 · Isu semasa

Mogok secara tidak terancang bukan suatu jalan penyelesaian terbaik terhadap sebarang permasalahan yang timbul berkaitan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana profesional lain, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebaliknya, beliau berkata permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama serta cara yang lebih berhemah, menurut laporan Bernama.

“Penganjuran mogok secara amnya boleh menyebabkan sesuatu perkhidmatan terjejas selama mana ianya dianjurkan. Lazimnya ia dianjurkan untuk menyampai mesej tertentu kepada pihak-pihak berkaitan.

“Namun, perkara ini perlu ditimbang dengan teliti. Ini memandangkan perkhidmatan kesihatan merupakan suatu perkhidmatan yang kritikal terutama kerana ia melibatkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada desas-desus akan berlangsung mogok doktor kontrak pada 3 hingga 5 April ini dan laman Instagram DoctorsMalaysia menggesa doktor kontrak seluruh negara tampil menyertai mogok berkenaan atau meletak jawatan secara beramai-ramai pada 1 April.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok tersebut malah hanya menerima hebahan melalui saluran media sosial sahaja.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan dari semasa ke semasa telah memberi respons terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan antaranya mewujudkan perjawatan tetap, penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.

Beliau percaya kerajaan akan memastikan segala permasalahan dan permintaan itu diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Alhamdulillah, perkhidmatan kesihatan dilihat terus diberi keutamaan sewajarnya oleh pihak kerajaan sebagaimana yang dapat kita perhatikan melalui Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI. Semoga perkhidmatan kesihatan dapat terus diperkukuhkan lagi dalam tahun mendatang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata perkhidmatan kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor yang kritikal termasuk petugas kesihatan kerana kompleksiti, cabaran, risiko dan jerih perih perlu dihadapi oleh anggota kesihatan dalam menjalankan tugasan serta tanggungjawab mereka.

“Pandemik Covid-19 telah mengajar kita bahawa tanpa sistem kesihatan yang berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak tersebut dengan baik dan orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa.

“Justeru, petugas kesihatan yang merupakan aset utama Perkhidmatan Kesihatan perlu terus diberi perhatian sewajarnya, termasuk imbuhan sewajarnya buat perkhidmatan mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok