Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor

March 26, 2023 · Isu semasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah tiada apa yang boleh menghalang umat Islam untuk mengunjungi tempat ibadat agama lain.

Bagaimanapun, titah baginda undang-undang negeri dan Persekutuan yang berkaitan untuk melindungi akidah umat Islam di Selangor adalah jelas dan mesti dihormati.

Baginda bertitah orang bukan Islam boleh mengunjungi tempat ibadat agama lain, tetapi baginda meminta mereka tidak mengambil bahagian dalam sebarang upacara atau amalan.

“Tidak salah untuk menghadiri majlis perkahwinan di gereja, sebagai contoh, tetapi orang Islam hanya perlu memerhati sahaja.

“Begitu juga, orang Kristian, saya percaya, tidak akan menyertai sembahyang atau upacara di kuil Tao,” titah baginda dalam wawancara eksklusif dengan The Star. Wawancara itu disiarkan hari ini (26 Mac 2023).

Sultan Sharafuddin berkongsi cerita di mana Almarhum Sultan Alam Shah yang hadir pada pertabalan Ratu Elizabeth II pada 1953, telah bertanya mufti negeri sama ada baginda boleh menyertai acara itu.

Ini adalah selepas baginda pulang dari Makkah.

“Mufti berkata tidak salah jika baginda tidak mengambil bahagian dalam mana-mana ibadah seperti solat,” titah baginda.

Mufti itu juga berkata bahawa baginda boleh memakai pingat dan lencana yang mempunyai gambaran salib kerana ia bukan barangan keagamaan.

Sultan Sharafuddin turut mengulas mengenai dakwaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baru-baru ini bahawa aktiviti, di mana orang Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja, dan gurdwara untuk mempelajari agama ini selain daripada agama mereka sendiri, harus ditolak dan dihadkan.

Baginda bertitah mesej mereka adalah betul dan jelas dan adalah lebih baik untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham kerana terdapat undang-undang yang menghalang penyebaran agama lain kepada orang Islam.

Suktan Selangor juga menggesa ahli politik tidak menggunakan agama untuk tujuan agenda mereka dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengkritik MAIS.

“Hanya saya sebagai ketua agama Islam di Selangor dan MAIS adalah pihak berkuasa agama di negeri itu.

“Ahli politik boleh berkata apa sahaja yang mereka mahu tetapi mereka tidak mempunyai kata putus atau kuasa,” titah baginda.

Ziarah gereja: MAIS lihat ada elemen tarik belia Islam pelajari Kristian

Berita berkaitan
Kerajaan tak sepatutnya tarik balik rayuan dalam isu kalimah Allah: Noh
May 18, 2023· Isu semasa
Kalimah Allah: Pemuda PAS Selangor sokong pendirian MAIS
May 18, 2023· Politik
Kalimah Allah: Gereja, paderi tarik balik semakan kehakiman
May 17, 2023· Isu semasa
Isu kalimah Allah : MAIS tak setuju kerajaan tarik balik rayuan
May 17, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
1 jam lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok