Tak perlu takut keluar mengundi semasa PRN Johor

February 20, 2022 · Isu semasa

Rakyat tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan walaupun berlakunya peningkatan kes Covid-19 ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata meskipun terdapat banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh berkempen, namun susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak Covid-19, menurut laporan Bernama.

“Tidak perlu ada rasa takut dan bila nak pergi mengundi mungkin ada proses ujian kendiri, malah pusat undi ada ruang khusus sekiranya (ada yang) positif (Covid-19)… di peringkat pihak berkuasa telah susun atur mengikut SOP dan norma baharu dalam mengendalikan PRN Johor.

“Insya-Allah, semuanya akan berjalan baik dan terkawal,” katanya pada sesi soal jawab ketika program Bicara Keluarga Malaysia di Dewan Auditorium RTM Johor di sini hari ini.

Beliau ditanya oleh seorang hadirin mengenai SOP berkempen dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi lebih banyak kelonggaran berbanding PRN sebelum ini walaupun berlaku peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.

Menurut SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang, manakala bagi kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan tidak melebihi lima orang.

Mengulas lanjut, Annuar berkata rakyat perlu memahami bahawa negara ini sedang beralih ke fasa endemik yang bermakna kehidupan termasuk sistem demokrasi perlu kembali seperti biasa namun dengan amalan norma baharu.

“Banyak kelonggaran dibenarkan seperti ceramah, kempen dan ziarah rumah ke rumah berdasarkan SOP yang ditetapkan. Ini maknanya kita mesti kembali kepada keadaan biasa tetapi dengan norma baharu dan pilihan raya adalah sebahagian proses dituntut dalam Perlembagaan.

“Sekiranya, berkempen tidak boleh maka cacatlah proses demokrasi itu. Kita perlu bergerak ke arah biasa tetapi dengan norma baharu. Kalau perkara itu difahami maka pengundi tidak perlu takut,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Annuar sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan bersikap terbuka dalam mengizinkan media rasmi kerajaan dijadikan medium memperkenalkan calon parti bertanding termasuk pihak pembangkang.

“Soal berkempen itu ada lagi medium-medium lain yang boleh digunakan termasuk media sosial. Kita ambil kira pandangan diberikan tetapi buat masa ini, belum lagi kempen secara langsung melalui RTM,” katanya.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis pengumuman calon zon tengah dan zon timur berkata parti pembangkang masih belum diberi ruang untuk menggunakan saluran media rasmi seperti yang pernah disebut Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini.

Berita berkaitan
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Jarang negara buat pilihan raya dalam suasana bencana: Annuar
September 19, 2022· Politik
Popular
Polis siasat penghuni madrasah dakwa didera ala militan: Arjunaidi
September 23, 2022
Najib ke mahkamah sambung kes RM2.28b 1MDB selepas keluar hospital
September 26, 2022
1,608 kes baharu, dua kematian
September 26, 2022
PRU musim hujan, banjir: Pembayar cukai kena tambah lagi RM1 bilion
September 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Dakwaan murid hampir diculik: Polis Perak tubuh pasukan khas siasatan
25 minit lalu · Isu semasa
Jenayah siber: 12,092 kes, RM414.8 juta hilang dari Januari-Julai 2022
42 minit lalu · Isu semasa
Zizie Izette mohon notis usul didengar bersama Bung Moktar
53 minit lalu · Isu semasa
14 Nov keputusan kes rampasan barangan mewah milik Najib dan Rosmah
1 jam lalu · Isu semasa
Pengurus bank sahkan lebih RM90 juta masuk akaun peribadi Najib
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Penganalisis ramal OPR naik lagi November depan
47 minit lalu
[VIDEO] Ismail Sabri, PM pertama berucap bahasa Melayu di PBB
September 24, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok