Tak perlu RCI banjir Baling

July 9, 2022 · Isu semasa

Tiada keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melihat isu banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah baru-baru ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata sebaliknya, perkara lebih penting adalah melihat aspek penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Katanya RCI juga tidak mempunyai kuasa tertentu tetapi hanya mampu mengemukakan cadangan untuk pertimbangan kerajaan.

“RCI tiada kuasa menangkap (pesalah) tetapi hanya buat cadangan dan siasatan mereka biasanya akan memakan masa enam ke tujuh bulan untuk kemuka rumusan dan laporan yang akan dibentang di Parlimen.

“Akhirnya laporan mereka itu akan kembali ke jemaah Menteri untuk memilih apa daripada cadangan itu yang mahu dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis simbolik penyerahan lembu korban bagi Parlimen Santubong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Isnin lepas, banjir dan fenomena kepala air di Baling, Kedah mengakibatkan tiga nyawa terkorban dan lebih 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan selain 15 rumah musnah dihanyutkan arus deras.

Wan Junaidi berkata isu utama yang harus dilihat dalam isu banjir di Baling adalah peranan penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka.

“Persoalan kini ialah bagaimana perkara ini boleh berlaku di depan mata kita sendiri, tidak mungkin kita tidak tahu. Di mana letaknya pegawai perhutanan dan pihak penguat kuasa lain. Ini isu bagaimana pihak penguat kuasa menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Jangat ada memihak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan agar satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu harga barang, Wan Junaidi berkata perkara itu tidak perlu.

Jelasnya ini kerana persidangan Dewan Rakyat sememangnya akan bermula 18 Julai ini dan Ahli Parlimen boleh mengemukakan sebarang usul semasa persidangan itu.

“Satu persidangan khas (Parlimen) juga akan menelan belanja besar di mana setiap ahli Parlimen dan pegawai perlu dipanggil.

“Pada persidangan (18 Julai nanti) Ahli Parlimen boleh bawa usul dan terserah pada Speaker untuk pertimbangkan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Spekulasi Senator Bersatu boikot RUU larang tukar parti tak benar: Wan Junaidi
16 jam lalu· Politik
RCI perlu diwujudkan siasat kepincangan skandal kapal tak siap
August 7, 2022· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Pengundi boleh pecat wakil rakyat tak berfungsi pada masa depan: Wan Junaidi
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
14 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
19 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
28 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
24 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok