Tak perlu panik beli barang, barangan mencukupi

May 29, 2021 · Isu semasa

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat pembelian panik memandangkan bekalan makanan keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi bagi menghadapi ‘total lockdown’.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata mengambil pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas, tiada kes direkodkan berhubung bekalan barangan keperluan asas terputus yang dialami dan memberi jaminan barang keperluan masih mencukupi.

“Pengguna diseru tidak melakukan pembelian panik dan berlebihan, bagi mengelakkan gangguan bekalan di premis-premis jualan,” katanya lapor Bernama.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 semalam, memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

Nanta berkata, pemantauan akan terus dilaksanakan penguat kuasa kementerian setiap hari, bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di semua negeri.

Nanta dalam pada itu berkata penguatkuasaan Ops Had 2J, yang memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan had masa maksimum dua jam keberadaan pelanggan di premis perniagaan, ditangguhkan serta-merta sehingga ke satu tarikh kelak.

Bagaimanapun beliau berkata, SOP PKP 3.0 yang lain masih terus dikuatkuasakan.

“Kementerian berharap pengguna dan pengunjung premis perniagaan, akan terus merancang perbelanjaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan di premis perniagaan, yang boleh menyebabkan penularan COVID-19 meningkat,” katanya.

Berita berkaitan
Bermula September, boleh bayar tol guna kad bank
June 15, 2023· Isu semasa
Dewan Rakyat: Kerajaan tidak bercadang mansuh tol
May 24, 2023· Isu semasa
Pemotongan peruntukan kepada MP perlu dikaji semula, kata Menteri Kerja Raya
February 6, 2023· Politik
Pengeluar didakwa kurangkan kuantiti telur harga kawalan
October 24, 2022· Isu semasa
Popular
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok