Tak perlu lagi imbas suhu badan

Penggunaan pengimbas suhu tidak akan diwajibkan lagi kepada individu yang masuk ke mana-mana premis, sebaliknya mereka hanya perlu merekodkan butiran diri meneruai aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bagaimanapun berkata pemansuhan penggunaan pengimbas suhu itu akan dikuat kuasa setelah pindaan peraturan dibuat terlebih dahulu

“Perkara itu akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pengimbas suhu tidak akan digunakan dan ia akan membabitkan pengumuman prosedur operasi standard (SOP) seluruh negara.

“Jadi selepas dipinda nanti SOP pada sesi mesyuarat kuartet Covid-19 akan datang, tidak lagi diwajibkan premis ada pengimbas suhu lagi. Memadai hanya imbas MySejahtera,” katanya pada sidang media di Parlimen, di sini, hari ini

Mengulas lanjut, Khairy berkata langkah untuk tidak mewajibkan pengimbas suhu, berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit.

“Selepas kami melihatnya…sebenarnya, ia tidak menjadi satu langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19. Maksud saya, tidak ada kaitan.

“Nasihat saya, jika anda tidak sihat…kalau sesiapa bergejala jangan keluar. Itu saja. Tidak perlu lagi uji suhu sesiapa lagi,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR