Tak perlu kuarantin bagi pengembara pernah positif Covid-19 tapi lengkap vaksin

January 12, 2022 · Isu semasa

Pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 dan telah lengkap vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin wajib setibanya di Malaysia, namun masih perlu melakukan ujian pengesanan wabak menggunakan RTK antigen (Ag) di pintu masuk antarabangsa (PMA).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagaimanapun berkata bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksin, mereka akan menjalani kuarantin wajib tujuh hari di stesen kuarantin setibanya di negara ini serta melakukan ujian pengesanan Covid-19, menurut laporan Bernama.

“Berdasarkan data dan bukti saintifik serta pengalaman negara lain berkaitan pengurusan kemasukan pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19, kerajaan mengambil pendekatan bahawa pengembara dengan sejarah dijangkiti wabak itu hendaklah lengkap divaksin dan mengemukan bukti penerimaannya.

“Pengembara juga perlu mengemukakan bukti dijangkiti wabak itu dalam tempoh 11 hari hingga 60 hari sebelum berlepas ke Malaysia, melalui keputusan ujian makmal yang dicetak atau secara digital.

“Pengembara yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat “Fit to Travel” daripada pengamal perubatan di hospital terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairy berkata perkara itu antara prosedur operasi standard (SOP) terkini bagi pengembara dengan sejarah jangkitan wabak itu yang akan berkuat kuasa mulai esok.

Beliau berkata Malaysia masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke negara, justeru kes dengan ujian RT-PCR positif tidak dibenarkan masuk.

Katanya bagi pengembara yang menjalani isolasi atau pengasingan di tempat kediaman termasuk hotel kerana dijangkiti Covid-19 dan tidak dimasukkan ke hospital, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK Ag profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.

“Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan. Kesemua dokumen berkaitan hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk, sekiranya diminta,” katanya.

Sementara itu bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, ketetapan semasa masih terpakai dan sebarang perkembangan mengenai situasi dan ketetapan baharu bagi pengembara akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok