Tak perlu baharui lesen memandu, cukai jalan tapi mesti ada insurans

March 26, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian bagi memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan persendirian berkuatkuasa 1 April hingga 31 Mei.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) yang masih dilaksanakan di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemilik atau pemandu perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah, dan menunjukkan salinan sijil kepada pihak berkuasa jika diminta.

“Individu yang lesen memandu dan cukai jalan telah tamat tempoh mulai 1 Februari hingga 31 Mac perlu memperbaharui kedua-duanya dalam tempoh 60 hari bermula 1 April hingga 31 Mei.

“Individu yang lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada tarikh antara 1 April hingga 31 Mei, perlu memperbaharui kedua-duanya dalam tempoh 60 hari bermula 1 Jun hingga 31 Julai. Jika gagal melakukannya tidakan tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wee berkata, objektif pengecualian itu diperkenalkan bertujuan mengelak kesesakan di tempat awam serta memastikan usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Justeru, tempoh sehingga 60 hari diberikan supaya orang ramai mempunyai lebih banyak masa dan ruang serta kelonggaran sebagaimana yang diperlukan,” katanya.

Beliau menjelaskan pengecualian itu tidak membabitkan pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang lesen vokasional.

Pada Januari lalu, Kementerian Pengangkutan mengumumkan pengecualian pembaharuan cukai jalan bermula 1 Februari hingga 31 Mac seluruh negara kecuali Sarawak susulan pelaksanaan PKP bagi mengehadkan operasi di kaunter JPJ.

Berita berkaitan
Ujian teori lesen memandu vokasional PSV, GDL mansuh
April 10, 2023· Isu semasa
‘Kami mahu telur ayam, turun harga barang, bukan cukai jalan digital’
February 11, 2023· Isu semasa
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023· Isu semasa
Pamer cukai jalan di cermin kereta persendirian tak perlu lagi, umum Menteri
February 10, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Ringgit jatuh semula hari ini
December 13, 2022
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok