Tak kira siapa polis akan panggil MP berdemonstrasi di Dataran Merdeka

August 2, 2021 · Isu semasa

Polis akan memanggil semua Ahli Parlimen (MP) yang terbabit dalam perhimpunan di Dataran Merdeka pagi tadi untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, tidak kira siapa pun mereka.

Perkara itu dinyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim susulan tindakan sekumpulan kecil MP diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut disertai MP Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, berdemonstrasi di Dataran Merdeka.

Kumpulan itu merancang berarak untuk memasuki Parlimen tetapi gagal, setelah polis melakukan sekatan.

Antara pemimpin lain yang turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.

Azmi berkata semua mereka akan dipanggil untuk dirakam percakapan sebelum polis melengkapkan kertas siasatan yang akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Beliau berkata pihaknya sudah menerima dua laporan di sekitar Kuala Lumpur berhubung perhimpunan berkenaan.

“Pada mulanya kita sendiri mendapat maklumat mengenai perancangan beberapa individu yang ingin menganjurkan perhimpunan di bangunan Parlimen, sebelum polis mendapat maklum balas daripada Parlimen bahawa tiada sebarang perhimpunan akan diadakan.

“Susulan itu Polis Kuala Lumpur kemudian membuat persediaan menutup sebahagian jalan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur terutama menuju ke bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media, petang ini.

Seramai 500 pegawai dan anggota polis terbabit dalam penugasan mengawal pergerakan individu terbabit yang merancang berhimpun di laluan ke bangunan Parlimen sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

“Susulan itu kita sedang menyiasat semua individu yang terbabit dengan memanggil mereka bagi membantu siasatan,” katanya.

Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan); Seksyen 12 A, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; Peraturan 9 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, 2021 (Larangan Berarak) dan Peraturan 10 peraturan sama iaitu (Kawalan Berhimpun).

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok