Tak boleh rentas negeri sambut Aidilfitri: Syor KKM

April 15, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan pergerakan rentas negeri bagi menyambut Aidilfitri tahun ini ditangguhkan susulan situasi penularan pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 28 April ini.

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi pun masih dijalankan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to Covid-19: Perspectives From The Field’, hari ini.

Malaysia mencatatkan 1,889 kes Covid-19 semalam berbanding 1,767 kes pada Selasa.

Ditanya mengenai kemungkinan mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin dibenarkan untuk rentas negeri, beliau berkata, KKM masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan, Dr Adham memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan SOP di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara.

Katanya, kerajaan memandang serius mengenai perkara itu dan tidak menolak kemungkinan bazar Ramadan ditutup sekiranya terdapat kluster baharu dipercayai daripada aktiviti bazar.

“Kalau kluster bazar wujud, KKM akan lakukan siasatan melalui rekod aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan punca yang tepat. Mudah bagi kita untuk kesan punca atau tempat bermula jangkitan. Sekiranya penganjur tidak bertanggungjawab, kita tidak teragak-agak kenakan kompaun,” katanya.

Mengenai kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun kepada individu yang gagal mematuhi SOP, beliau berkata lantikan mengikut Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu bertujuan memastikan tahap pematuhan SOP di bazar Ramadan adalah tinggi.

Berkuat kuasa semalam, Kementerian Kesihatan telah menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan pegawai penguat kuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun kesalahan di bawah Akta 342 termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
2 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
9 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
9 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok