Tak amal perkauman sediakan bank soalan murid sekolah rendah: Radzi

October 5, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mengamalkan perkauman dalam menyediakan bank soalan bagi murid sekolah rendah yang menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata penyediaan bank soalan itu adalah berdasarkan subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik.

“Mengenai subjek di sekolah rendah, (bank soalan) itu adalah (untuk) subjek teras, tidak kira subjek apa atau bahasa apa, kalau itu adalah subjek teras, itu (bank soalan) yang kita sediakan untuk murid sekolah rendah. Ini bukan soal perkauman.

“Kita tidak mahu nanti akan ada satu tekanan besar kepada murid untuk melihat bahawa ujian akhir tahun ini sebagai satu ujian yang besar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, menurut BN.

Beliau menjawab soalan tambahan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang mempersoalkan tindakan KPM tidak menyediakan bank soalan secara menyeluruh terutama bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina atau Tamil.

Laporan itu juga memetik Radzi sebagai berkata, bagi sekolah menengah pula, penyediaan bank soalan dibuat untuk keseluruhan subjek.

Mengulas mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Radzi berkata, ia bukan sesuatu yang baharu kerana sudah diperkenalkan pada 2011 untuk sekolah rendah dan sekolah menengah pada 2012.

“Perkara ini sebenarnya sudah dilaksanakan 10 tahun lalu, bukan sesuatu yang baharu dan jika kita bercakap soal kekangan dalam konteks memerlukan setiap kelas kurang 25 orang dan sebagainya, ini menyebabkan kita tidak dapat melaksanakan satu perubahan besar kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kelas.

“Sebab itu mana-mana pembuatan dasar di dunia, setiap dasar ada kekangan masing-masing dan kita membuat keputusan berdasarkan kekangan yang ada,” katanya.

Justeru, katanya, KPM sedang berusaha melatih guru bagi meningkatkan kreativiti, inovasi dan kecekapan khususnya bagi memastikan PdP dalam kelas dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Selepas bawa UMNO bersama DAP, kini Zahid ajak ahli rapatkan barisan pula
November 29, 2022· Politik
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022· Isu semasa
Bekerjasama dengan DAP bermakna UMNO sudah menipu orang Melayu, kata Tun Abdul Hamid
November 25, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
39 minit lalu · Isu semasa
Enam pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, 1,682 kes baharu
3 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
16 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
18 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
December 7, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok