Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi

March 21, 2023 · Isu semasa

Kawalan kenaikan harga makanan yang sudah siap dimasak adalah luar bidang kuasa kerajaan, kata Rafizi Ramli.

Menteri Ekonomi itu mengakui kerajaan tidak boleh mengawal harga makanan yang sudah dimasak untuk dijual kepada pengguna, malahan ia tidak pernah dilakukan mana-mana kerajaan dalam dunia untuk mengambil langkah sedemikian.

“Akta Kawalan Harga hanya membolehkan kerajaan mengawal bahan-bahan mentah tertentu contohnya minyak masak paket.

“Secara ekonomi, mengawal harga makanan yang sudah dimasak tidak dibuat oleh mana mana kerajaan dalam dunia,” katanya dipetik laporan BH.

Rafizi terdahulu mengadakan sesi lawatan ke mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam hari  ini.

Mengulas mengenai mesin layan diri IPR, Rafizi berkata, inisiatif Kementerian Ekonomi dari segi dasar ialah menggalakkan persaingan harga yang lebih baik.

“Kita cuba buktikan menerusi mesin layan diri IPR yang mana kita membantu dari segi kos bukan bahan mentah iaitu sewa, elektrik, pekerja dan sebagainya.

“Dengan harga makanan murah, ia bukan sahaja membantu pembeli, tetapi juga mewujudkan persaingan yang sihat dan menghantar isyarat kepada peniaga lain.

“Kalau kenaikan harga terus berlaku, lama lama lebih banyak inisiatif ini dibuat di seluruh negara. Maksudnya akan ada tekanan berkaitan persaingan daripada peniaga lain kerana harga lebih murah,” katanya.

Rafizi berkata, untuk jangka masa sederhana dan panjang beliau merasakan persaingan harga seperti itu lebih bersepadu untuk mengekang inflasi.

“Saya dah tengok pecahan inflasi untuk Februari yang akan diumumkan minggu depan.

“Insya-Allah, maksudnya sedikit demi sedikit dasar dan program seperti yang dibuat ini sudah mula menunjukkan kesan walaupun sedikit dalam tempoh yang pendek,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kerajaan sedia hadap kritikan media, kata Anwar
May 28, 2023· Isu semasa
Rafizi kata tak tahu wujud tawaran kepada PAS sertai kerajaan campuran
May 28, 2023· Politik
Prestasi menteri kerajaan campuran semua memuaskan, kata Zahid
May 27, 2023· Politik
“Untold Story jadi Unsold Story”, kata Takiyuddin
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
10 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
10 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
57 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok