Tajuddin sah dilantik Duta Besar Malaysia ke Indonesia

May 17, 2022 · Isu semasa

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia menggantikan Datuk Zainal Abidin Bakar.

“Memang benar,” kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu seperti dilaporkan Mkini.

Portal dalam talian Malaysia Now awal hari ini memetik sumber diplomatik yang mendedahkan bahawa pelantikan Tajuddin telah mendapat kelulusan pemerintah Republik Indonesia.

Pelantikan Tajuddin bagi menggantikan Zainal akan menyaksikan ahli politik mula menjawat semula jawatan itu.

Zainal dilantik pada 2018 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ketika itu bagi menggantikan bekas Ahli Parlimen PKR yang kemudian menyertai UMNO, Zahrain Mohd Hashim.

Sebelum pengesahan Tajuddin, agensi berita Indonesia Antara telah melaporkan mengenai pelantikannya yang dikhabarkan sejak Oktober lalu, kemudian didorong oleh kehadirannya ketika lawatan rasmi Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah ke Jakarta pada November.

Ahli politik berusia 74 tahun itu sebelum ini dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana berikutan kenyataan yang dianggap tidak sensitif selepas insiden perlanggaran LRT di Kuala Lumpur yang menyebabkan berpuluh-puluh penumpang cedera.

Awal bulan lepas, bekas diplomat Dennis Ignatius menyatakan bahawa kekosongan jawatan yang tidak diisi untuk jawatan tertinggi dalam perwakilan Malaysia di luar negara telah menimbulkan persoalan mengenai hal ehwal domestik di Kementerian Luar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Zin meminta penjelasan Perdana Menteri berhubung keputusan kerajaan melantik Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Wakil rakyat daripada PKR itu dalam satu kenyataan mempersoalkan mengapa Tajuddin dipilih mengisi jawatan penting itu, dengan merujuk kegagalan pemimpin Umno itu mengendalikan insiden nahas MRT tahun lepas ketika menjadi pengerusi Prasarana Bhd.

“Hubungan dengan Indonesia adalah salah satu agenda hubungan luar negara utama bagi Malaysia. Malaysia tidak boleh menimbulkan ketegangan antara kedua-dua negara.

“Terdapat banyak isu genting di kalangan negara serantau seperti wilayah yang menjadi pertikaian, Zon Ekonomi Eksklusif, layanan terhadap buruh asing, persaingan untuk import eksport dan persaingan untuk Pelaburan Langsung Asing. Diplomat yang mahir diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
UiTM lapor polis kronologi ‘rahsia’ perlekeh pelajar B40 tular di media sosial
March 31, 2022
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023
Majikan Cina pukul pekerja kerana berpuasa dituduh lagi
April 23, 2021
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok