Tajuddin hanya layak menjaga kubur

May 28, 2021 · Isu semasa

Hentaman dan kritikan terhadap cara pengendalian sidang media bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman susulan insiden kemalangan tren Laluan Kelana Jaya yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, turut menarik kecaman panas daripada pengacara sensasi Azwan Ali.

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Salak itu, tidak profesional dan telah memalukan Malaysia di mata dunia.

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah melakukan tindakan bijak dengan segera memecatnya daripada jawatan itu.

“Isu itu memang mendapat perhatian Diva AA dan i (saya) antara berbilion rakyat yang menghencap si bekas pengerusi itu.

“Bukan hanya daripada mulut i,rakyat yang marah tentang isu itu tak sampai beberapa jam ramai rakyat yang memberi tepukan gemuruh atas pemecatan itu, tindakan segera untuk kes-kes sedemikian memang Diva AA puji tak tahu siapa punya keputusan (memecat) tapi seharusnya mendapat penghormatan,” katanya kepada Agenda Daily.

Semalam, Kementerian Kewangan memecat Ahli Parlimen Pasir Salak daripada jawatan Pengerusi Prasarana selepas tular tingkah laku tidak bersesuaian beliau dalam mengendalikan sidang media nahas dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara pada Selasa.

Selain tidak memakai pelitup muka, Tajuddin juga dituduh gagal dan tidak mempunyai perasaan sensitif atau empati terhadap mangsa tragedi LRT, sekali gus membuktikan beliau sama sekali tidak layak menduduki kerusi Pengerusi Prasarana.

Tajuddin juga didakwa membuat kenyataan kasar terhadap seorang wartawan asing dari China. Dengan reaksi air muka yang ditunjukkannya ketika memberi jawapan lucu yang menyakitkan terhadap soalan serius yang diajukan oleh wartawan itu.

Justeru katanya, semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden ini selain mencadangkan agar Tajuddin menjadi penjaga kubur setelah dipecat.

“Semua yang sayangkan bumi Malaysia kerana orang seperti ini tidak sepatutnya dibawa ke depan sebagai tokoh dan pengerusi dan sebagainya dan orang sedemikian juga tak layak pegang mikrofon untuk bercakap di depan wartawan.

“Itu pengajaran yang besar disini adalah fikir dulu boleh tak sebelum bercakap, dia amuk tak tentu pasal jadi bahasa diva dia hanya layak menjaga kubur,” katanya yang turut mengakui menonton cara Tajuddin mengendalikan sidang media berkenaan.

Berita berkaitan
Saman fitnah, Tajuddin diarah bayar Khalid RM120,000
October 19, 2023· Politik
Sampai bila UMNO hanya mahu jadi penumpang kuasa: Tajuddin
August 29, 2023· Politik
4 kali rayuan tidak dilayan UMNO, Tajuddin boikot kempen PRN
July 21, 2023· Politik
Tajuddin mahu saman Khairul Azwan, beri tempoh seminggu
June 18, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok