Tajaan RM20 juta diterima KDA FC pada musim ini

March 1, 2023 · Isu semasa

Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima komitmen tajaan daripada pelbagai pihak berjumlah lebih RM20 juta, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemilik KDA FC Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata jumlah itu, merangkumi tajaan tunai berjumlah RM15 juta dan bukan tunai kira-kira RM5 juta, daripada sembilan penaja dan lebih 20 rakan strategik, lapor Bernama.

“Kami sedang merancang untuk ‘menghijau kuningkan’ semua perniagaan di Kedah ini, maknanya kita akan mencari lebih ramai lagi rakan-rakan perniagaan (untuk menjalinkan kerjasama dengan KDA FC).

“Ia akan memberikan timbal balik yang baik kepada KDA FC, penyokong dan kepada pemilik premis perniagaan yang terlibat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengumumkan kerjasama antara KDA FC dengan rakan strategik baharu iaitu Fantasia Aquapark, yang akan menjual tiket perlawanan bola sepak musim ini di kaunter yang disediakan di taman tema air itu.

Mohd Daud berkata KDA FC juga berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak pihakm termasuk di luar Kedah pada masa akan datang bagi menjadikan pasukan bola sepak itu lebih relevan dalam masyarakat, khususnya dalam bidang sosio ekonomi dan pendidikan.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Terengganu FC malam ini, Mohd Daud berkata pihaknya berasa teruja apabila ramai penyokong KDA FC, telah mendapatkan tiket dan akan membanjiri Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk memberi sokongan kepada skuad Sang Kenari.

“Kami di pihak pengurusan dan pemain serta jurulatih, perlu sentiasa melihat untuk memberikan satu benda yang baharu dan unik kepada penyokong Kedah. Apabila ramai penyokong Kedah beratur untuk membeli tiket, itu petanda kebangkitan baharu hijau kuning,” katanya.

Berita berkaitan
Pencalonan Peter Anthony ditolak, penyokong merusuh di Tenom
November 5, 2022· Politik
Penyokong mengaji sambil tunggu penamaan calon selesai
November 5, 2022· Politik
Syarikat penerbangan dinasihati tak kenakan harga tiket mahal
April 17, 2022· Isu semasa
Tiada bas bawa penyokong Najib di mahkamah
December 8, 2021· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok