Tabung Haji lantik Azman Mokhtar sebagai pengerusi baharu

December 20, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Azman Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Tabung Haji (TH) berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata dengan pengalaman, dedikasi dan kepimpinan Azman, pihaknya yakin TH akan terus dipacu untuk kecemerlangan masa hadapan meskipun berdepan dengan cabaran pandemik.

“Azman merupakan tokoh yang disegani dan berpengalaman khususnya dalam aspek pelaburan dan transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semasa beliau menerajui Khazanah Nasional Bhd sejak 2004 sehingga 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Bernama.

Menurutnya pelantikan Azman diharap menjadikan TH sebagai institusi Islam yang dihormati berikutan pencapaian dan tadbir urus yang baik, seiring dengan mandat penubuhannya untuk memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji.

Selain Khazanah, Azman juga pernah memikul tanggungjawab sebagai antara pemangkin utama di beberapa organisasi korporat negara seperti Axiata Group Bhd, Iskandar Investment Bhd dan IHH Healthcare Bhd.

Antara pelantikan beliau yang terkini adalah sebagai Pengerusi Universiti Teknologi Malaysia, Pengerusi Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) dan ahli Majlis Pemulihan Negara.

Azman memiliki Sarjana Falsafah dalam Pengajian Pembangunan daripada Darwin College, University of Cambridge dan Diploma dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Selain itu, beliau adalah akauntan bertauliah Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun dan Penganalisis Kewangan Bertauliah.

Mengenai perkembangan TH, Amrin berkata pelbagai aspek transformasi sedang dan bakal dilaksanakan dengan pemfokusan kepada aspek pentadbiran dana simpanan haji dan penambahbaikan pengurusan haji untuk terus mengukuhkan dan memastikan kemampanan TH.

“TH komited bagi memastikan aspek kemampanan dengan menyediakan Pelan Strategik untuk menyokong usaha transformasi. Pelan yang dinamakan Hijrah24 itu akan didorong lima teras utama dan disokong 24 inisiatif strategik yang akan bermula tahun depan.

“Pada masa yang sama, TH akan terus memberikan kerjasama berhubung siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Ia dijangka dapat memperkukuh aspek tadbir urus dan kawalan untuk melindungi TH dan pendeposit, serta memberi keuntungan dan pulangan yang mampan kepada pendeposit,” katanya.

TH turut berterima kasih kepada Tan Sri Md Nor Yusof sepanjang tempoh kepimpinannya menerajui TH sejak dilantik sebagai pengerusi pada 10 Julai 2018.

Semasa kepimpinannya, beliau turut berjaya memastikan kedudukan kewangan TH yang lebih kukuh dengan mencatatkan jumlah deposit sebanyak RM 81.41 bilion sehingga 30 Jun 2021 iaitu rekod tertinggi sejak TH ditubuhkan sejak 58 tahun lepas.

Berita berkaitan
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023· Isu semasa
Lesen Emraz Travel digantung Tabung Haji
April 2, 2023· Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
March 26, 2023· Isu semasa
Menara TM antara beberapa isu jejas kadar dividen 2022 Tabung Haji
February 12, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok