Syor peranan PM lantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dimansuh

November 30, 2022 · Isu semasa

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini (30 November 2022) mencadangkan peranan Perdana Menteri (PM) dalam melantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) – panel yang mencalonkan bakal hakim baharu – dibatalkan.

Menegaskan kepentingan memastikan kebebasan agensi penguatkuasaan dan badan kehakiman daripada pengaruh luar dalam menjalankan tugas, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah proses pelantikan hakim di Malaysia sekarang mempunyai kelemahan yang boleh diperbaiki.

Baginda menyatakan bahawa JAC pada masa ini memainkan peranan untuk mencadangkan pencalonan kehakiman dan berkata keahlian JAC adalah penting untuk memastikan ia mampu menampilkan nama hakim dengan integriti dan berkaliber tinggi.

JAC mempunyai sembilan anggota, empat daripadanya adalah hakim paling kanan di Malaysia, manakala lima lagi adalah individu yang dilantik oleh PM.

“Bagi memastikan JAC bebas menjalankan tanggungjawab, saya mencadangkan agar pelantikan lima anggota JAC itu tidak dibuat oleh Perdana Menteri. Sebaliknya, diberikan kepada beberapa institusi lain seperti Badan Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Dengan kaedah sebegini, keahlian JAC akan lebih seimbang, dan tidak akan membawa kepentingan mana-mana pihak,” titah baginda hari ini dalam ucapan sempena mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang diadakan bermula semalam dan hari ini di Istana Negara, menurut MalayMail.

Tuanku Muhriz juga mencadangkan agar struktur JAC dinilai semula, berikutan perbincangan dengan kerajaan, ahli JAC sedia ada, badan perundangan profesional dan institusi dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan.

“Sekiranya semua ini dilaksanakan, saya yakin JAC akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menyebabkan pemilihan dan pelantikan hakim di Malaysia adalah daripada individu yang berakhlak mulia, telus dan adil,” titah baginda.

Antara lain, baginda juga menggesa Kerajaan Persekutuan baharu memupuk “semangat kebersamaan” dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama, kaum dan budaya.

“Saya harap tidak ada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan niat untuk menghasut orang ramai,” titah baginda.

Pelantikan hakim mahkamah atasan – hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi – merupakan salah satu isu yang dibincangkan oleh Majlis Raja-Raja.

Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Seksyen 5(1) memperuntukkan ahli suruhanjaya itu terdiri daripada sembilan individu, termasuk empat hakim tertinggi di negara ini, dan hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik oleh PM.

Empat yang lain juga dilantik oleh PM – selepas berunding dengan tiga badan profesional negara untuk peguam (Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Peguambela Sarawak dan Persatuan Undang-undang Sabah), peguam negara, dan penasihat undang-undang negeri.

Fungsi JAC termasuk memilih orang yang layak dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan PM.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok