Syor hanya 80 Ahli Parlimen masuk dewan bersidang, selebihnya maya

July 18, 2021 · Isu semasa

Jawatankuasa Dewan Rakyat akan mencadangkan sidang Parlimen yang bermula 26 Julai ini dihadkan kepada hanya 80 Ahli Parlimen dalam satu sesi bersemuka manakala selebihnya menyertai secara maya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, cadangan pecahan kehadiran adalah 44 untuk Ahli Parlimen kerajaan dan 36 dari pembangkang akan dibincangkan bersama Ketua Whip setiap parti politik dan dijangka dapat diputuskan minggu depan.

“Cadangan ini sama seperti ketetapan bersidang pada tahun lalu, daripada 222 Ahli Parlimen hanya 80 saja yang boleh masuk.

“Kita ada sesi pagi dan petang, maka mereka boleh bergilir-gilir masuk tetapi perlu patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya pada sidang media selepas melawat Program Jelajah Vaksin Bergerak Prihatin Johor di Dewan Serbaguna Sri Stulang, di Johor Bahru, hari ini.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 diadakan selama lima hari bermula 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat manakala Dewan Negara pula bersidang selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos ini.

Persidangan itu akan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara dan meminda perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

Rashid yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, setiap menteri dan timbalan menteri juga akan dihadkan membawa staf.

“Mungkin hanya dua atau tiga orang pegawai saja dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat termasuk perlu melakukan ujian saringan COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, semua soalan berkaitan Covid-19 akan dibentangkan mengikut peraturan dan dijawab menteri berkaitan.

“Yang mana tidak boleh berbahas kita bagi ruang untuk mengemukakan soalan. Cuma ada satu usul dibentangkan iaitu sama ada persidangan boleh dilakukan secara hibrid atau tidak,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok