Syor had usia kenderaan 10 tahun isu kompleks: Menteri Pengangkutan

June 19, 2022 · Isu semasa

Cadangan bagi menangani isu kesesakan jalan raya seperti mengehadkan usia kenderaan 10 tahun, perlu dilihat secara menyeluruh memandangkan ia isu yang agak kompleks selain memerlukan pemahaman dan penelitian.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata hal ini kerana bagi melaksanakan cadangan itu, negara juga perlu mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang sempurna.

Beliau berkata ketika ini negara masih dalam proses ke arah untuk menyempurnakan jaringan sistem pengangkutan awam antaranya menerusi pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT).

“Kami terima pandangan, tetapi akhirnya kita kena buat keputusan, apa yang saya hendak maklumkan kepada semua, penyelesaian bukan satu, banyak lagi yang perlu kita lihat.

“Pertama, betul kalau hendak suruh orang jangan pakai kereta, tetapi kita mesti ada jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih sempurna, sekarang kita masih dalam proses untuk menyempurnakannya,” kata Wee selepas menyempurnakan pelepasan tren Shuttle Tebrau, di Stesen Johor Bahru Sentral, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini, yang memberi cadangan agar kenderaan di Malaysia mempunyai had usia tidak lebih 10 tahun dan dilupuskan, bagi menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di ibu kota.

Sementara itu, Wee berkata pendaftaran kenderaan di Malaysia lebih 34 juta dan hanya dua pertiga daripada kira-kira 22 juta sahaja yang masih aktif.

“Kalau kita hendak buat apa juga dasar, saya memang dalam bidang pengangkutan dan saya terima pandangan, kerana kalau setiap negara seperti Singapura, ia kecil dan kena kawal pemilikan kereta, di Malaysia tidak.

“Saya kenal pasti, antaranya ada orang hendak simpan nombor (pendaftaran) kenderaan bapa, maka dia masih guna pakai, barangkali tidak (lagi berada) di atas jalan. Bayangkan kalau kita buang sahaja nombor itu, akan bercelaru sistem kita, kerana cerapan data pendaftaran perlu dibuat lengkap dan tidak datang sebarang masalah,” katanya.

Justeru, Wee berkata penyelesaian sesuatu perkara itu perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh. – Bernama

Berita berkaitan
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022· Isu semasa
MCA gantung keahlian ahli perniagaan selepas bertemu Dr M
June 13, 2022· Politik
Denda RM2,000 atau penjara jika guna nombor plat ‘fancy’
June 12, 2022· Isu semasa
Masalah kesesakan lalu lintas tiada kesudahan?
June 12, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok