Syed Saddiq tak setuju larang umat Islam ke rumah ibadat agama lain

March 17, 2023 · Isu semasa

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak bersetuju umat Islam dilarang terlibat dalam sebarang program di rumah ibadat agama lain sebagaimana ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau telah melawat rumah ibadah penganut agama lain beberapa kali dan didapati tiada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.

Menurutnya sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan agama, program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak.

“Sebagai Presiden MUDA, saya ingin memanggil lebih daripada 100,000 ahli parti untuk melawat mana-mana rumah ibadah. Negara ini adalah rumah kita dan rumah kita bersama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Syed Saddiq berkata demikian mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berhubung perkara itu.

Untuk rekod urusan berkaitan Islam di Selangor dan negeri-negeri lain diletakkan di bawah institusi diraja.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu parti MUDA terdiri daripada ahli pelbagai latar belakang selain tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerja bersama-sama ketika program kemasyarakatan diadakan.

Katanya, ahli MUDA tidak mengira agama atau bangsa sama-sama membersihkan masjid, tokong, kuil, gereja, gurdwara dan lain-lain tempat ibadah ketika kerja-kerja pembersihan banjir.

“Sebagai seorang wakil rakyat, saya juga telah banyak kali melawat ke rumah ibadah penganut agama lain dan boleh dikatakan tidak ada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini,” katanya.

Syed Saddiq berkata, beliau dijemput kerana mewakili rakyat tanpa mempedulikan jenis agama, bangsa dan kefahaman politik mereka kerana kebajikan adalah tanggungjawabnya.

Beliau turut mempersoalkan sekiranya enakmen itu akan dipakai terhadap pemimpin-pemimpin besar negara jika melawat ke rumah-rumah ibadah tersebut.

Agenda Daily pada 13 Mac lalu, melaporkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Impact Malaysia, menganjurkan program Projek Artikel 11: ‘Ziarah Gereja’ dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.

Iklan berkaitan program itu ditulis dalam bahasa Melayu dan disiarkan dalam media sosial Impact Malaysia, namun telah diturunkan setelah ianya mula dipertikaikan.

Isu berkenaan menjadi kontroversi setelah Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, turut mendedahkankan di media sosialnya baru-baru ini.

Semalam, Che’gu Bard membuat laporan balas polis terhadap Hannah setelah Setiausaha Politik KBS, Dayangku Norhazwani Awangku Marsal, membuat laporan terhadap beliau.

Hari ini, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata MAIS melihat program ini mempunyai elemen untuk menarik perhatian belia “terutamanya belia Islam” untuk belajar dan menimba ilmu tentang agama selain Islam.

Sehubungan itu, katanya program di mana orang Islam mengunjungi rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, gereja, dan gurdwara untuk mempelajari agama-agama ini selain daripada agama sendiri harus ditolak dan disekat.

Ziarah gereja: MAIS lihat ada elemen tarik belia Islam pelajari Kristian

Berita berkaitan
MUDA muatnaik surat mohon masuk PH, harap Saifuddin baca di FB
March 24, 2023· Politik
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Ketua Pemuda UMNO sedia halang program Ziarah Gereja dianjur NGO bawah KBS
March 14, 2023· Politik
Popular
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
March 28, 2023
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
March 28, 2023
Proton perkenal SUV baharu X90
March 28, 2023
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
March 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Radzi beri petua kepada timbalan menteri DAP jawab soalan Parlimen
9 minit lalu · Isu semasa
Ayob Khan dilantik Pengarah JSJ
10 jam lalu · Isu semasa
‘Lawatan guna wang rakyat tapi balik enggan perjelaskan pula’
10 jam lalu · Isu semasa
Proton perkenal SUV baharu X90
11 jam lalu · Isu semasa
Bukankah PH tuduh SPRM alat politik, tanya C4 kepada Anwar
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
20 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok