Suspek rompak, tembak mati pengawal keselamatan ditangkap

March 12, 2022 · Isu semasa

Suspek yang dipercayai menembak mati seorang pengawal keselamatan dan mencederakan seorang lagi dalam rompakan di luar sebuah bank di di Puchong Prima, Selangor, petang semalam telah ditangkap.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata polis turut menemui pistol yang disyaki digunakan suspek untuk menembak pengawal keselamatan itu.

Suspek yang dipercayai melakukan jenayah itu secara bersendirian berjaya ditahan di tempat awam di Seksyen 24, Shah Alam pada 7 malam tadi bersama karung berisi wang tunai, namun jumlah wang yang dibawa lari suspek masih dalam siasatan, katanya lapor Bernama.

Dalam kejadian jam 5.50 petang semalam seorang pengawal keselamatan maut selepas ditembak manakala seorang lagi cedera.

Abd Khalid berkata ketika kejadian terdapat empat pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk mengambil wang tunai daripada sebuah bank untuk diangkut ke dalam van syarikat keselamatan dengan seorang pemandu menunggu dalam kenderaan.

Katanya ketika mereka mengambil wang di bank berkenaan, dua pengawal keselamatan berada di dalam bank manakala seorang pengawal keselamatan berada di antara bank dan van itu dan seorang lagi pengawal keselamatan bersama pemandu berada dalam kenderaan.

Menurutnya ketika kejadian, pengawal keselamatan yang berada di antara bank dan van sedang menyerahkan karung berisi wang kepada rakannya yang menunggu di van dan pada masa itu seorang suspek lelaki meluru ke arah mereka untuk merampas karung wang itu lalu berlaku pergelutan antara mereka bertiga.

Abd Khalid berkata suspek berusia 38 tahun disyaki memukul salah seorang daripada pengawal keselamatan sehingga cedera dan menembak seorang lagi pengawal keselamatan sebelum melarikan karung berisi wang itu.

Katanya pemandu van keselamatan yang panik segera membawa pengawal keselamatan yang cedera di bahagian tulang belakang masuk ke dalam van dan memandu van itu sehingga ke Puchong Perdana, tidak jauh dari lokasi kejadian dan mangsa yang cedera itu disahkan meninggal dunia di dalam van.

Berita berkaitan
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
11 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri kewangan persoal kenaikan OPR ketika inflasi menurun
May 28, 2023· Isu semasa
Dua aktivis PN direman empat hari selepas kritik kerajaan isu kalimah Allah
May 26, 2023· Politik
Kes tembak sehingga maut, polis tahan dua lelaki bantu siasatan
May 25, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
47 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
4 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
40 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok