Suspek doktor swasta palsukan sijil vaksin dibebas esok

January 12, 2022 · Isu semasa

Suspek doktor swasta terlibat dalam pemalsuan sijil vaksinasi akan dibebaskan dengan jaminan polis esok, sementara menunggu arahan pendakwaan.

Tempoh tahanan reman suspek utama berusia 51 tahun akan berakhir esok dan keterangannya sudah diambil pihak berkuasa, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa.

“Siasatan berjalan lancar dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Terengganu akan menguruskan siasatan selanjutnya dengan barang kes dirampas seperti komputer riba serta telefon bimbit akan dihantar kepada Bahagian Forensik JSJK Bukit Aman.

“Insya-Allah, barang kes itu akan dihantar ke sana esok,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Terdahulu, Rohaimi menyaksikan majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis (TKP) Terengganu antara mantan TKP, Senior Asisten Komisioner (SAC) Norhalid Kimi dan TKP baharu, SAC Wan Rukman Wan Hassan.

Sebelum ini, suspek ditahan pada Sabtu lalu direman tiga hari sehingga semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, polis memohon lanjutan reman terhadap suspek sebelum Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan reman suspek ditambah dua hari lagi sehingga esok.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkar kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad temu janji vaksinasi.

Berita berkaitan
Ahli perniagaan didakwa guna gelaran Dato Sri palsu
January 5, 2024· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok