Suri rumah rugi RM71,100 ditipu ‘Sifuku Millennium’ dalam FB

June 3, 2022 · Isu semasa

Seorang suri rumah mengalami kerugian RM71,100 selepas ditipu sindiket pelaburan wang tidak wujud menerusi aplikasi laman sosial yang menawarkan pulangan lumayan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis, Superintendan Wan Aeidil Wan Abdullah berkata mangsa berusia 54 tahun itu tertarik dengan tawaran pelaburan berkenaan selepas melihat iklan “Sifuku Millennium” menerusi laman Facebook.

“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran lumayan itu kemudian membuat pindahan wang permulaan berjumlah RM8,600 ke akaun bank yang diberikan oleh suspek pada 24 Mei,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa membuat beberapa pemindahan wang dalam tempoh seminggu bermula 24 sehingga 30 Mei.

Katanya wanita berkenaan telah membuat laporan polis pada semalam selepas suspek menyedari bahawa beliau telah diperdaya oleh suspek.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis akan mengumpul maklumat pemilik akaun bank yang digunakan suspek bagi transaksi pelaburan berkenaan,” katanya.

Wan Aeidil berkata mengikut statistik polis sebanyak 22 kertas berhubung kes penipuan babitkan pelaburan tidak wujud dibuka dalam tempoh Januari hingga 2 Jun melibatkan kerugian berjumlah RM211,393.16.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan iklan-iklan promosi pelaburan di media sosial dan dapat melakukan semakan terlebih dahulu menerusi perkhidmatan disediakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Pelaburan diluluskan Malaysia sebanyak RM42.8 bilion: MIDA
June 14, 2022· Isu semasa
Pelawak lapor polis berhubung pemilihan PKR, dakwa banyak penipuan
June 7, 2022· Politik
Mekanik kerugian RM70,000 diperdaya Macau Scam
June 6, 2022· Isu semasa
Elon Musk berjumpa delegasi Indonesia bincang prospek pelaburan Tesla
April 27, 2022· Dunia
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
1 jam lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
2 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
2 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
4 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok