Surat saman kedua diterima Presiden MCA, pertahan kenyataan di Dewan Rakyat

March 2, 2023 · Isu semasa

Surat saman kedua diterima Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong daripada syarikat yang menghantar surat tuntutan sebelum ini ekoran kenyataannya semasa perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu sebelum ini mengkritik kerajaan campuran di Dewan Rakyat berkaitan kos harga telur import yang lebih mahal dari telur tempatan.

Dalam surat yang diserahkan padanya hari ini, Ka Siong kini diberi masa 72 jam untuk membuat “pembetulan” terhadap kenyataannya di Parlimen dan media sosial atau berdepan tindakan lanjut.

“Saya tidak gentar dan tetap mempertahankan kenyataan yang telah saya buat di dalam Dewan Rakyat.

“Tiada siapa yang dapat menghalang saya untuk bersuara demi kepentingan rakyat jelata.

“Tiada siapa dapat menghentikan saya daripada menjadi jurucakap rakyat!” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ka Siong juga berkata akan menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan saman tersebut.

Presiden MCA itu meraih perhatian apabila membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat.

Beliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menumpu soal ketidakcukupan telur ayam tempatan, bukannya mengimport telur antaranya dari India untuk menampung keperluan domestik.

Selain itu, Ka Siong juga mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga.

Pengimport telur itu sebelum ini berkata Ka Siong tidak sedar kepentingan untuk memenuhi keperluan dalam negeri dengan hanya menumpukan kepada keuntungan.

Mereka juga mendakwa bahawa kenyataan Ka Siong menyebabkan kerugian dan mencemarkan nama baik syarikat itu.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023· Politik
Bekalan mulai stabil selepas kemasukan telur import: Mat Sabu
March 19, 2023· Isu semasa
Popular
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Ringgit lebih rendah berbanding baht Thailand, rupiah Indonesia
March 16, 2023
Wan Saiful pertimbang representasi tuduhan rasuah kepada AGC
March 22, 2023
Mayat wanita dalam kereta hanyut semasa banjir ditemui di Mersing
March 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
AGC tak tahu jika Rohana pulangkan AS$10 juta terkait 1MDB
1 jam lalu · Isu semasa
Rakyat makin hilang suara bawah kerajaan PH-BN: Wan Saiful
2 jam lalu · Isu semasa
Hakim baharu ketuai kes Rosmah
2 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin ucap selamat berpuasa
20 jam lalu · Isu semasa
Umat Islam mula puasa esok
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok