Surat Najib beri kuasa kepada Nik Faisal pindah jutaan wang, dedah saksi

September 8, 2022 · Isu semasa

Saksi dalam kes penyelewengan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak memberitahu Tinggi Kuala Lumpur kewujudan surat dikeluarkan bekas Perdana Menteri itu yang memberi kuasa dan mandat kepada Nik Faisal Ariff Kamil untuk menguruskan akaun Ambank peribadinya.

Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 43, R Uma Devi berkata surat itu juga mengesahkan setiap pemindaan jutaan wang antara 2011 dan 2013 itu dibuat oleh kelulusan Najib yang bertanggungjawab ke atas semua urus niaga yang dijalankan.

“Surat ini (26 Ogos 2013) juga mengesahkan bahawa Najib Razak bertanggungjawab atas semua transaksi seolah-olah ia dikeluarkan oleh dirinya sendiri,” kata Uma Devi kepada Hakim Collin Lawrence Sequerah dipetik laporan Malaysiakini.

Surat bertarikh 26 Ogos 2013 itu dikeluarkan Najib yang dialamatkan kepada pengurus cawangan bank (sebelum Uma Devi) ketika itu yang memaklumkan Nik Faisal dilantik sebagai kakitangan yang diberi kuasa untuk akaun AmPrivate Banking-1MY (880), AmPrivate Banking Banking-Y1MY (898), dan Amprivate Banking-MY (906).

Uma Devi merupakan saksi pendakwaan ke-37 yang memberi keterangan perbicaraan rasuah 1MDB bernilai RM2.28 bilion hari ini terhadap Najib semasa diperiksa Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam.

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Untuk rekod, Najib sudah dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Berita berkaitan
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu· Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
18 jam lalu· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu· Politik
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
19 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok