Surat menteri PN tak sebut pun hilang kepercayaan kepada PM

October 9, 2022 · Isu semasa

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad – antara 12 menteri Perikatan Nasional (PN) yang menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak Pilihan Raya Umum (PRU) tahun ini – menjelaskan mereka tidak pernah membangkitkan isu hilang keyakinan terhadap kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bila kita kata kita tarik sokongan (kerajaan)? Kita tak pernah cakap sebelum ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara, hari ini (9 Oktober 2022).

Beliau juga menegaskan semua 17 ahli Parlimen daripada parti itu, termasuk tujuh anggota eksekutif dalam pentadbiran kerajaan, kekal menyokong kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

Terdahulu, Perdana Menteri (PM) hari ini berkata isu hilang keyakinan terhadap kerajaan tidak timbul walaupun menteri PH menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, menolak PRU diadakan tahun ini.

Ismail Sabri berkata kerajaan masih berfungsi kerana PM masih mendapat sokongan lebih 112 ahli Parlimen.

Pada 6 Oktober lalu, Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan sama ada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih mempunyai sokongan susulan tindakan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, menolak pembubaran Parlimen tahun ini.

“Apakah tindakan 12 Menteri PN (PPBM + PAS) mengutuskan warkah kepada KDYMM SPB Yang diPertuan Agong boleh dianggap hilangnya kepercayaan anggota kabinet terhadap Perdana Menteri?

“Jika menurut Klausa 4 Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan seorang Perdana Menteri yang sudah hilang kepercayaan majoriti, beliau boleh menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen atau meletakkan jawatan,” kata Asyraf dalam hantaran di Facebooknya.

Sehari kemudian pula, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata tindakan 12 menteri PN menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong sebenarnya memberi gambaran sokongan kepada Ismail Sabri sebagai PM semakin berkurangan dalam kalangan anggota Kabinet.

“Semakin kurang keabsahaan. Kalau 100 peratus keabsahaannya sekarang cuma 60 peratus, 40 peratus sudah hilang,” katanya Ahli Parlimen Pontian itu pada sidang media ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pontian di Dewan UMNO, Pontian.

Khamis lalu, walaupun menentang pembubaran Parlimen dalam masa terdekat untuk membolehkan PRU diadakan tahun ini, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata gabungan itu tidak menarik balik sokongannya kepada PM daripada UMNO itu.

Hamzah, yang juga Setiausaha Agung Bersatu, ditanya sama ada surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, membayangkan bahawa ahli Parlimen PN tidak lagi mempunyai sebarang keyakinan terhadap kemampuan Ismail Sabri memimpin Kerajaan Persekutuan.

  1. Beza tindakan 12 menteri PN hantar surat dengan khianat 15 MP UMNO
  2. Pihak bangkit isu surat menteri PN tak faham undang-undang: PM

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
December 7, 2022
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
December 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Najib singkir Sri Ram
6 jam lalu · Isu semasa
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
8 jam lalu · Isu semasa
32 mangsa banjir di daerah Jelebu dipindahkan
15 jam lalu · Isu semasa
16 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam, tujuh direkodkan di Kedah
17 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok