Surat layang MoF, skandal broker pengecualian cukai libatkan pegawai kanan?

May 18, 2023 · Isu semasa

Tular dalam media sosial berhubung skandal melibatkan pegawai kanan dalam Kementerian Kewangan (MoF) yang baharu dilantik baru-baru ini.

Surat layang yang tular dalam media sosial tersebut mendakwa kerajaan baharu tidak berminat dengan tatakelola yang baik apabila melantik pegawai kanan dalam MoF yang terpalit dengan banyak kontroversi dan skandal sebelum ini.

Pendedahan dalam surat layang tersebut bermula dengan pelantikan pegawai kanan dalam MoF yang bukan daripada kalangan pegawai tadbir diplomatik (PTD), malah tidak mempunyai pengalaman dalam urusan hal ehwal pentadbiran.

Difahamkan surat layang tersebut ditulis sendiri oleh seorang penjawat awam di MoF yang sudah berkhidmat selama 10 tahun.

Dakwa individu dalam surat tersebut, ekoran ketakcekapan pegawai kanan dan pembantunya itu, ia menyebabkan banyak urusan berkaitan pengagihan belanjawan kerajaan kepada rakyat tertangguh dan tidak berjalan mengikut seperti dikehendaki kerajaan.

Malah, pegawai kanan tersebut didakwa hanya pandai melobi tetapi tidak mempunyai matlamat dan dasar polisi yang jelas dalam mengetuai MoF.

Lantikan pegawai kanan MoF itu dikatakan pernah berkhidmat dengan menteri semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah 22 bulan lalu.

Surat layang itu juga mendakwa pembantu kepada pegawai kanan di MoF itu berperanan sebagai broker kepada syarikat yang mahu mendapatkan pengecualian cukai.

Dakwanya lagi, perkara berhubung kontroversi melibatkan pegawai kanan itu diketahui oleh anak Menteri Kewangan sendiri sebelum ini tetapi tidak sempat diambil sebarang tindakan bagi menyekatnya.

Surat itu juga mendedahkan pegawai kanan dan pembantunya mendapat banyak manfaat daripada hasil aktiviti mereka semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

Agenda Daily cuba mendapatkan pengesahan berhubung surat layang tersebut dari pihak MoF dan tindakan selanjutnya bakal diambil Menteri Kewangan berhubung isu melibatkan pegawai kanan MoF itu.

Terdahulu, sebuah portal Free Malaysia Today juga melaporkan berhubung surat layang melibatkan pegawai kanan di MoF tersebut yang tular dalar media sosial.

Link: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/05/16/treasury-man-victim-of-poison-pen-letter-says-source/

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
17 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok