‘Superman’ terbabas kena cekup

August 28, 2022 · Isu semasa

Polis menahan seorang remaja yang melakukan aksi ‘Superman’ ketika menunggang motosikal setelah dia terbabas dan jatuh berhampiran Plaza Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), dekat Kemaman, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata remaja lelaki berusia 18 tahun berasal dari Bandar Jengka, Pahang itu ditahan selepas dikesan menunggang motosikal secara berbahaya jam 10.30 pagi.

“Remaja ini melakukan aksi ‘Superman’ dengan menundukkan kepala selari dengan meter sambil melakukan aksi zig-zag dari lorong kanan jalan ke lorong kiri secara berulang kali sejauh kira-kira dua kilometer.

“Polis telah mengarahkan suspek yang menunggang motosikal EX5 itu supaya berhenti, namun dia enggan dan terus memecut menghala ke Plaza Tol Jabor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hanyan, polis mengekori suspek namun lelaki tersebut membuat pusingan-U dan memecut melawan arus ke arah Kuantan, sebelum sekali lagi membuat pusingan-U menghala ke Plaza Tol Jabor.

Beliau berkata, motosikal ditunggang suspek kemudian terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari Plaza Tol Jabor menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan.

“Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 20 saat yang memaparkan seorang remaja dipercayai suspek terbabit melakukan aksi ‘Superman’ tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa yang merakam perbuatannya.

Berita berkaitan
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
3 jam lalu· Isu semasa
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Pegawai Timbalan Menteri KPDN lapor polis berhubung video tular harga barang
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
4 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
42 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok