‘Superman’ antara 50 mat rempit ditahan

May 8, 2022 · Isu semasa

Polis menahan 50 penunggang motosikal kerana merempit dan berlumba haram dalam operasi samseng jalanan di kawasan pantai Seagate, di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas, Pulau Pinang, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulau Pinang Supt Zafri Zolkapli, yang mengetuai operasi bermula 12 tengah malam itu berkata, kesemua penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan memecut laju, namun mereka gagal meloloskan diri berikutan laluan dari arah Batu Maung menuju pusat bandar terlebih dahulu dikepung polis.

“Pihak polis menjalankan operasi susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan sekumpulan penunggang motosikal yang sering menunggang secara berbahaya dan membuat bising di kawasan itu, lapor Bernama.

“Berdasarkan risikan dan intipan pasukan polis, ada dalam kalangan mereka yang melakukan aksi tunggangan ‘ala superman’, meniarap atas motosikal dan mengangkat kedua-dua belah tayar motosikal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zafri berkata kesemua penunggang motosikal yang berumur belasan tahun hingga 30 tahun yang ditahan itu, kemudian diarah menolak motosikal masing-masing sambil diiringi polis selama sejam hingga ke Balai Polis Bayan Lepas.

“Polis turut menyita 50 motosikal dan dua kereta serta mengeluarkan 150 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Usaha normalisasi gaya hidup songsang tak boleh diterima, kata Menteri
March 14, 2023· Isu semasa
Ketua Menteri umum empat ADUN angkat dari PH di kerusi Bersatu
March 8, 2023· Politik
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
1 jam lalu · Isu semasa
‘Jawab segera surat tawaran haji’
1 jam lalu · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
2 jam lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok