Suntikan vaksinasi harian kini cecah 340,043 sehari, kata Adham

Program vaksinasi negara mencatatkan peningkatan ketara selepas jumlah dos suntikan harian meningkat kepada 340,043 dos sehari setakat semalam, jumlah tertinggi sejak pelaksanaan program tersebut.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan daripada jumlah itu, 133,286 merupakan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 206,757 dos pula adalah pemberian dos pertama bagi tempoh sama,” katanya.

Dr Adham turut memaklumkan lima negeri tertinggi mencatatkan pemberian dos pertama dan kedua semalam adalah Selangor dengan 79,998 orang diikuti Sarawak (59,269), Kuala Lumpur (53,155), Perak (20,759) dan Johor (18,431).

BERITA BERKAIT
POPULAR