Suntikan vaksin catat rekod tertinggi 421,479 semalam

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan sebanyak 421,479 dos vaksin diberikan di seluruh negara semalam, tertinggi sejak program imunisasi dilancarkan.

Selangor menjadi negeri tertinggi setakat ini dengan pemberian dos vaksin pertama dan kedua semalam hampir mencecah 100,000.

Daripada jumlah itu 264,034 dos diberi kepada penerima pertama, manakala 157,445 suntikan lagi kepada penerima dos kedua, kata JKJAV dalam kenyataan hari ini.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin meningkat kepada 11,788,189 dos.

Lima negeri mencatat jumlah pemberian vaksin tertinggi semalam membabitkan Selangor sebanyak 98,118 dos, diikuti Sarawak (82,068); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (67,904); Perak (24,783) dan Johor (21,880).

Sebelum ini, jumlah tertinggi suntikan harian vaksin Covid-19 adalah sebanyak 376,909 yang direkodkan pada 9 Julai lalu.

BERITA BERKAIT
POPULAR