Suntikan dos vaksin Covid-19 ditambah kepada 300,000 sehari

June 21, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian suntikan dos vaksin Covid-19 di seluruh negara akan dipertingkatkan sehingga 300,000 sehari dalam masa terdekat, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau yang sudah menerima arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya menyegerakan kadar suntikan itu berkata purata pemberian suntikan vaksin Covid-19 sepanjang minggu lalu meningkat kepada 189,329 dos sehari berbanding 130,842 pada minggu sebelumnya.

“Setakat ini, kadar vaksinasi tertinggi setakat ini direkodkan negara adalah pada 17 Jun lalu iaitu sebanyak 229,707 dos.

“Kita akan terus menyasarkan penanda aras baharu iaitu 300,000 dos sehari, dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF), hari ini.

Katanya, pelaksanaan Fasa 3 PICK di Lembah Klang bermula hari ini selepas mengambil kira kadar peratusan warga emas yang berdaftar sudah mencapai 99 peratus di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 88 peratus di Selangor.

Khairy berkata, langkah proaktif itu dibuat tanpa menunggu semua 100 peratus yang berdaftar selesai disuntik bagi memastikan program vaksinasi ini dapat disegerakan.

Beliau juga menjangkakan lebih 3.2 juta atau 10 peratus daripada penduduk negara ini melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang pertengahan bulan depan.

Katanya, jangkaan itu dibuat berdasarkan bekalan vaksin yang diterima dan keupayaan serta kapasiti pusat pemberian vaksin (PPV) sedia ada.

“Jumlah jangkaan itu mewakili 10 peratus daripada atau 3.2 juta rakyat di seluruh negara,” katanya sambil menambah lebih banyak PPV akan dibuka di seluruh negara dalam pasa terdekat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, terbaharu, PPV terbesar iaitu Stadium Bukit Jalil mula beroperasi hari ini dengan kapasiti 5,000 suntikan dos sehari dan ia juga mampu mengendalikan kapasiti maksimum sehingga 10,000 dos sehari.

“Turut dibuka hari ini adalah PPV mega di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mempunyai kapasiti 3,000 suntikan sehari. Selain itu, 17 PPV awam baharu turut beroperasi hari ini masing-masing di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan,” katanya.

Khairy berkata sehingga kini 782 PPV swasta di buka di seluruh negara yang dikendalikan pengamal perubatan swasta dan ia mula beroperasi sejak 3 Mei lalu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tak boleh ulas isu bekas KSN terima elaun RM30,000 sebulan daripada 1MDB
June 12, 2022
Cagar caruman KWSP untuk pinjaman bank mulai 7 April
April 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok