Suntikan dana pelabur asing bukti kekukuhan ekonomi kita: PM

June 23, 2021 · Isu semasa

Suntikan pelaburan asing (FDI) ke dalam syarikat konglomerat di Malaysia membuktikan keyakinan terhadap kedudukan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Beliau berkata suntikan FDI dalam anak syarikat Sunway Bhd, Sunway Healthcare Holdings Sdn Bhd, juga membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap firma di Malaysia, selain mencerminkan rekod prestasi cemerlang sektor penjagaan kesihatan negara.

“Saya gembira bahawa dana pelaburan Singapura, GIC Ventures Pte Ltd, melabur sebanyak RM750 juta bagi membeli 16 peratus kepentingan dalam bahagian penjagaan kesihatan konglomerat utama Malaysia, Sunway Group,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dirakam terlebih dahulu bagi majlis pemeteraian pelaburan antara Sunway dan GIC (Ventures), hari ini.

Greenwood Capital Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura, unit milik penuh GIC (Ventures), akan menyuntik pelaburan sebanyak RM750 juta ke dalam Sunway Healthcare menerusi pembelian 16 peratus pegangan dengan perolehannya akan digunakan bagi meningkatkan kapasiti hospital sedia ada dan tujuan modal kerja.

Perdana Menteri berkata, kepentingan pelaburan dalam penjagaan kesihatan tidak boleh dipandang remeh susulan penularan pandemik Covid-19 dan kesan buruknya ke atas hidup dan kehidupan manusia di seluruh dunia.

Beliau berkata pada 2019, negara menarik 1.3 juta pelancong penjagaan kesihatan antarabangsa dengan perolehan hospital sebanyak RM1.7 bilion.

Kebanyakan pengembara penjagaan kesihatan negara datang dari Indonesia, China, India, Bangladesh, Jepun, United Kingdom, Filipina, Australia, Singapura dan Amerika Syarikat (AS).

“Disokong oleh perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta negara yang bertaraf dunia dan infrastruktur yang canggih, Malaysia turut disenaraikan di kedudukan pertama Penjagaan Kesihatan Terbaik dalam Kategori Dunia dalam indeks ‘2019 International Living Annual Global Retirement Index’, mengatasi negara seperti Perancis dan Thailand.

“Semua ini menjadikan Malaysia mengalu-alukan dengan tangan terbuka pelaburan domestik dan juga asing dalam sektor penjagaan kesihatan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kemudahan penjagaan kesihatan swasta negara yang mantap itu disokong oleh barisan doktor berpengalaman dan diiktiraf peringkat antarabangsa serta kakitangan perubatan terlatih yang membantu menjadikan Malaysia satu daripada destinasi pelancongan perubatan di rantau ini.

Menurut Fitch Solutions Macro Research, pasaran penjagaan kesihatan Malaysia dijangka berkembang sebanyak 127 peratus kepada RM127.9 billon pada 2027 daripada RM56.3 bilion pada 2017.

Pelaburan terbaharu oleh Singapura itu menunjukkan bahawa Malaysia kekal menarik kepada pelabur meskipun landskap ekonomi mencabar akibat pandemik Covid-19.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
PN, GPS bincang bentuk kerajaan Persekutuan
November 20, 2022· Politik
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
2 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
2 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
10 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
15 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok