Sungai dua negeri di paras bahaya

October 15, 2022 · Isu semasa

Dua sungai di dua negeri – Johor dan Sarawak – merekodkan bacaan pada paras bahaya sehingga jam 6 petang ini (15 Oktober 2022), menurut laman sesawang Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Stesen JPS di Empangan Bekok, Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan 17.81 meter (m), 0.31m lebih tinggi berbanding paras normal 17.5m, dengan status tiada perubahan.

Stesen Long Teru di Miri, Sarawak pula mencatat bacaan 8.01m berbanding 8m paras normal dengan status menurun.

Sementara itu, lima sungai di tiga negeri – Sarawak, Johor dan Melaka – berada pada tahap amaran setelah parasnya melebihi catatan normal, manakala enam sungai lagi berada pada tahap waspada.

Stesen JPS yang mencatat paras amaran ialah di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru; Marudi, Long Teru serta Kuala Tutong, Miri (Sarawak); dan Sungai Melaka di Batu Hampar (Melaka Tengah).

Manakala stesen JPS yang mencatat tahap waspada pula ialah di Sungai Sembrong di Bt. 2 Sembrong, Batu Pahat; Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak; dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak, Johor.

Turut mencatat tahap waspada ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (Melaka) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar, serta Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar (Kedah.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan dan ribut petir berlaku di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak, esok (16 Oktober 2022).

Pada sebelah pagi, petang dan malam, hujan dan ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat di Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, serta Sabah dan Sarawak.

Kelantan, Terengganu dan Pahang pula diramal mengalami ribut petir di satu dua tempat pada sebelah malam.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Ribut petir dijangka mulai esok hingga minggu depan
November 18, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Dijangka ribut petir seluruh negara pada petang hari pengundian
November 17, 2022· Isu semasa
Paras air melebihi tahap bahaya di 6 negeri, Selangor paling banyak – JPS
November 17, 2022· Isu semasa
Mangsa banjir terus meningkat, Kelantan catat lebih 1,000 orang
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
12 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok