Sungai di Kedah paras bahaya, mangsa banjir meningkat di Baling

October 29, 2022 · Isu semasa

Beberapa sungai di Kedah sudah mencapai paras bahaya, malah beberapa kawasan sudah di landa banjir sehingga penduduk terpaksa dipindahkan.

Menurut laporan media, sungai Anak Bukit merekodkan bacaan paras bahaya dengan penduduk di daerah Baling pula sudah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ekoran banjir melanda di daerah tersebut.

Sementara itu, Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya juga melebihi paras amaran.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata Sungai Anak Bukit di Taman Aman merekodkan bacaan aras air 2.88 meter (m) melebihi tahap bahaya.

Katanya, manakala Sungai Kedah Jambatan Lebuhraya di daerah ini merekodkan bacaan air 1.90m melebihi tahap amaran setakat jam 7 pagi tadi.

Beliau berkata, enam sungai di negeri ini merekodkan melebihi paras waspada iaitu Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap iaitu 27.07m, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di Kubang Pasu (21.16m), Sungai Janing di Kampung Labi di Padang Terap (27.04m).

“Selain itu Sungai Pendang di Pekan Pendang merekodkan bacaan paras air 2.28 meter, Sungai Kerian di Rumah Pam Bandar Baharu (1.16m) dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR merekodkan bacaan 1.48m melebihi tahap waspada.

“Trend air sungai di semua kawasan berkenaan dalam keadaan menaik,” katanya dipetik laporan BH.

Muhammad Suhaimi menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berpindah sekiranya paras air terus meningkat di kawasan kediaman mereka.

Dala perkembangan lain, mangsa banjir di Baling meningkat kepada 267 orang mangsa daripada 87 keluarga.

Empat PPS baru dibuka semalam iaitu di daerah Kota Setar membabitkan satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti, manakala tiga lagi PPS di Baling iaitu di SK Tanjung Pari, SK Sri Bayu dan SK Siong.

Satu PPS di Kubang Pasu iaitu di SK Binjai masih aktif sejak dibuka Rabu lalu yang menempatkan seramai 86 mangsa daripada 26 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata banjir kilat di daerah Baling berikutan hujan lebat selama beberapa jam.

Beliau berkata, ia menyebabkan beberapa kawasan dinaiki dari sistem perparitan yang tidak teratur serta paras air sungai yang meningkat ke tahap yang bahaya.

Sehubungan itu katanya, APM Kedah menasihatkan penduduk berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada dan menghubungi pasukan penyelamat dengan segera , sekiranya berlaku banjir di kawasan mereka.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
4 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022
3,024 kes baharu, lapan kematian
November 26, 2022
Kerajaan laksana PKP di 6 daerah Selangor bermula 6 Mei
May 4, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022 · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
23 jam lalu · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
20 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok