Sungai 4 negeri lepasi paras bahaya setakat petang ini

January 4, 2022 · Isu semasa

Setakat petang ini, sungai di empat negeri iaitu Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dilaporkan sudah melepasi paras bahaya.

Menerusi kemaskini maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Pahang, Johor (empat), Melaka (dua) dan Negeri Sembilan (satu) berada pada peringkat amaran merah.

Bagaimanapun, tujuh daripada sembilan sungai itu menunjukkan penurunan dan dua lagi tiada mencatat perubahan aras air.

Di Pahang, Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan mencecah 16.31 meter (m), melebihi paras bahaya 14.9m dan masih meningkat, manakala Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera mencatat 32.66m (paras bahaya 30.5m) tetapi sedang menurun.

Di Johor, empat sungai yang melepasi paras bahaya ialah Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar (2.47m, paras bahaya 2.35m); Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, (6.34m, paras bahaya 6m); Sungai Segamat di Segamat (9.34m, paras bahaya 9.14m); dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak (4.2m, paras bahaya 4m).

Aras air di empat sungai terbabit menunjukkan pola menurun.

Di Negeri Sembilan, Sungai Muar di Pekan Rompin melepasi paras bahaya 33m dengan bacaan terkini direkodkan pada 34.08m tetapi menunjukkan pola menurun.

Di Terengganu, Sungai Nerus di Kampung Langkap dekat Setiu menunjukkan pola menaik dengan mencecah 21.11m (paras bahaya 21m).

Di Melaka, dua sungai melepasi paras bahaya ialah Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin (3.72m, paras bahaya 3.7m) dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah (2.59m, paras bahaya 2m).

Bagaimanapun, aras air Sungai Kesang tiada mencatat perubahan, manakala Sungai Melaka menunjukkan pola menurun.

Berita berkaitan
Banjir: 4 pos PGA di Kelantan tutup, dua PPS di Terengganu dinaiki air
February 27, 2022· Isu semasa
Lima negeri masih catat paras sungai bahaya, perlu waspada
January 3, 2022· Isu semasa
4 negeri masih berdepan situasi buruk banjir, Terengganu pulih
January 3, 2022· Isu semasa
Sungai di empat negeri lepasi paras bahaya
January 2, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
13 minit lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
28 minit lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
51 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
59 minit lalu · Isu semasa
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok