Sumbangan kepada parti bukan pemerintah tak dianggap rasuah: Azam

March 16, 2023 · Isu semasa

Sumbangan kepada individu atau parti politik yang bukan sebahagian daripada mana-mana gabungan pemerintah tidak akan dianggap rasuah, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menjawab dakwaan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap siasatan rasuah terhadap partinya sebagai berat sebelah, Azam berkata SPRM menjalankan siasatan secara telus.

“Apabila individu atau parti politik yang tidak berkuasa, atau tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan pengaruh untuk kepentingan diri, menerima sumbangan, ia tidak diklasifikasikan sebagai rasuah,” kata Azam menurut laporan NST.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kursus Latihan Asas Pegawai SPRM di Johor Bahru, hari ini (16 Mac 2023).

Muhyiddin sebelum ini mencabar SPRM untuk menyiasat dana yang disalurkan kepada parti politik lain, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Pakatan Harapan (PH) dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Barisan Nasional/UMNO).

Sebelum pembentukan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kerajaan ketika itu dipimpin Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di mana BN dan UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan.

Mengulas lanjut, Azam mendakwa SPRM akan menyiasat semua laporan secara telus dan tanpa berat sebelah.

Beliau berkata SPRM perlu menentukan unsur rasuah sebelum membuka kertas siasatan ke atas parti politik.

“Kami menjalankan siasatan berdasarkan unsur rasuah dan salah guna kuasa apabila laporan dibuat. Tiada individu atau parti politik berada di atas undang-undang.

“Terutamanya dalam kes rasuah, apabila pihak berkuasa menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan orang lain, SPRM akan menjalankan siasatan apabila memastikan unsur rasuah ada dalam aduan atau laporan. “

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
6 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
9 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
9 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
10 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok