Sumbang elaun, PM zahirkan terima kasih kepada penjawat awam

June 2, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada penjawat awam yang turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi Covid-19.

Katanya, sumbangan mereka melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) selama tiga bulan untuk disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana itu amat dihargainya tatkala negara berhadapan dengan saat genting ketika ini.

Menurutnya lagi, keprihatinan mereka ini membuktikan kebersamaan mereka dalam menggalas tanggungjawab bersama kerajaan memerangi pandemik itu.

“Saya amat menghargai dan menyambut baik solidariti penjawat awam yang akan turut serta memberi sumbangan kepada negara.

“Solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik Covid-19,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, semalam mengumumkan sumbangan itu melibatkan penjawat awam bagi Pengurusan Tertinggi iaitu dari Gred 44 hingga Gred 56, serta bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Sumbangan membabitkan lebih 800,000 penjawat awam itu bagaimanapun tidak termasuk petugas barisan hadapan serta penjawat awam Gred 1 hingga Gred 28 yang dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mendoakan agar semua rakyat berada dalam lindungan-Nya.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik Covid-19 ini.

“Saya doakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tidak kira apa pun peranan anda dalam perjuangan kita memerangi Covid-19 ini akan terus diberkati Allah SWT. Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,” katanya.

Sebelum itu, atas dasar keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional, Muhyiddin mengumumkan semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Beliau berkata, wang tersebut akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok