Sultan Selangor Pengerusi MKI pertama, tempoh dua tahun

March 12, 2022 · Isu semasa

Pemilihan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) untuk tempoh dua tahun pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 adalah selaras dengan perakuan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan yang dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja.

Menurut satu kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini, Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebelum ini perpandangan bahawa oleh kerana Islam terletak di bawah bidang kuasa dan budi bicara Raja-raja Pemerintah adalah lebih bertepatan untuk MKI dipengerusikan oleh seorang Raja Pemerintah.

“Perakuan Jawatankuasa (itu) telah dirunding oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dengan pihak kerajaan dan telah mecapai persefahaman dan kata sepakat.

“Susulan daripada perkembangan tersebut, Majlis Raja-raja kali ke-258 telah berkenan memilih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia untuk tempoh dua tahun,” menurut kenyataan itu seperti dilapor Bernama.

Menurut Syed Danial kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan laporan sebuah akhbar tempatan pada 10 Mac lepas yang melaporkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja kerana laporan itu dianggap boleh mengelirukan.

Syed Danial berkata pelantikan Pengerusi MKI sejak penubuhannya oleh Majlis Raja-Raja sendiri pada 1968 sememangnya telah dibuat oleh Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri bermula dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj telah diperkenankan sebagai Pengerusi MKI.

Bagaimanapun Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-258, telah membuat ketetapan bahawa salah seorang daripada Raja Pemerintah wajar memenuhi peranan dan tanggunjawab Pengerusi selama dua tahun secara bergilir-gilir sementara Perdana Menteri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi selaras dengan perakuan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan itu.

Berita berkaitan
PN cadang mohon mengadap Sultan Selangor, beri penjelasan pindaan Akta 388
21 jam lalu· Isu semasa
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Selepas titah Sultan Selangor, PMX setuju bawa isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
11 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok