Sultan Selangor gesa kes rasuah dibicarakan segera

August 5, 2021 · Isu semasa

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggesa perbicaraan kes-kes rasuah disegerakan dan mahkamah tidak melayani penangguhan kes tanpa alasan yang kukuh.

Baginda bertitah rakyat sudah muak dan bosan melihat pendakwaan yang berlarutan terlalu lama.

Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menggesa agar gejala rasuah di Selangor dapat dibanteras sepenuhnya supaya tidak lagi menjadi masalah yang lebih besar dan boleh memudaratkan generasi masa hadapan serta merosakkan masyarakat.

Titah itu dibuat kerana kebimbangan baginda berhubung peningkatan yang tinggi membabitkan kes-kes rasuah khususnya di Selangor.

Terdahulu baginda berkenan menerima menghadap dan mendengar taklimat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki di Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam, hari ini.

“Baginda menzahirkan kebimbangan dengan perkembangan terbaharu ini dan berharap agar SPRM dapat melakukan siasatan yang telus dan teliti, supaya pelaku yang dihadapkan ke mahkamah tidak terlepas dengan mudah,” menurut kenyataan itu.

Turut berangkat pada pertemuan selama dua jam itu ialah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Rakaman sejam bahan bukti kes bekas ketua perisik Malaysia
April 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok