Sultan Kedah bangga pencapaian kerajaan negeri bawa pelaburan RM68.3 bilion

March 20, 2022 · Isu semasa

Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berbangga dengan kejayaan kerajaan negeri Kedah membawa masuk pelaburan berjumlah RM68.3 bilion pada tahun lepas di sebalik krisis pandemik Covid-19.

Baginda bertitah pencapaian itu merupakan satu sejarah dan rekod baharu untuk jumlah pelaburan yang masuk ke negeri ini, lapor Bernama.

Baginda percaya ia adalah hasil kerjasama erat pelbagai pihak antaranya kerajaan negeri, Kulim Technology Park Corporation, Invest Kedah Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pemain industri lain.

“Ini membuktikan negeri Kedah menjadi destinasi pilihan bagi pelabur. Pelaburan ini telah melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 sebanyak RM10 billion setahun. Tahniah beta ucapkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Kedah menerusi sidang video dari Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Sultan Sallehuddin bagaimanapun mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian itu dan mahu usaha berterusan digandakan bagi menarik pelaburan ke negeri ini.

Ini termasuk di Kedah Rubber City, Zon Ekonomi Sempadan Khas Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Gurun dan Kedah Aerotropolis.

“Dengan jumlah pelaburan yang besar ini, beta berharap agar ia dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri Kedah agar setanding dengan negeri-negeri maju di negara ini,” titah baginda.

Dalam pada itu, Sultan Kedah turut menyeru kerajaan negeri memberi keutamaan dalam memulihkan industri pelancongan di negeri ini bagi mengekalkan kemampanannya.

Menurut baginda, pelancongan merupakan antara sektor yang paling terkesan akibat Covid-19 sehingga menyebabkan kedatangan pelancong ke Kedah merosot sebanyak 71.5 peratus pada tahun lepas berbanding 2020.

Persidangan dewan kali ini yang berlangsung selama empat hari akan bersambung esok.

Berita berkaitan
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Pengurus syarikat kerugian hampir RM80,000 ditipu pelaburan dalam talian
November 24, 2023· Isu semasa
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Polis cari dua wanita video gurauan tarik tudung dipakai muslimah
July 6, 2022
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok