Sultan Johor minta rakyat jangan dengar cerita karut antivaksin

June 8, 2021 · Isu semasa

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan golongan antivaksin yang dipelopori pihak tertentu.

Baginda bertitah, rakyat perlu memahami bahawa tujuan pengambilan vaksin adalah untuk mencegah jangkitan Covid-19 daripada terus mengancam kesihatan orang ramai.

“Islam mengajar kita agar sentiasa memelihara keselamatan diri menerusi segala langkah pencegahan dari apa jua kemudaratan khususnya wabak penyakit. Kaedah dalam menentukan hukum hakam ada menegaskan bahawa membenteras keburukan adalah lebih utama dari membawa sesuatu kebaikan.

“Mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah kita mendengar cerita karut yang disebarkan puak anti-vaksin ini. Dapatkan vaksin demi keselamatan diri dan untuk imuniti kelompok agar penularan Covid-19 dapat dicegah,” titah baginda menerusi Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Memetik firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud “Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan” baginda bertitah individu yang menolak tanpa sebab munasabah vaksin Covid-19 yang disediakan kerajaan dan sudah difatwakan halal oleh Jawatankuasa Fatwa, seolah-olah merelakan diri dijangkiti wabak yang amat berbahaya ini.

“Islam tidak membenarkan umatnya berserah bulat-bulat kepada takdir yang akan menimpa tanpa sebarang usaha dan ikhtiar untuk mengelakkannya. Bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin, janganlah leka akan pematuhan SOP pula,” titah baginda.

Menurut laporan media, dianggarkan seramai 133,000 penerima yang terdiri daripada warga emas akan menerima dos suntikan vaksin AstraZeneca dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negeri Johor bermula minggu ini.

Dalam pada itu, DYMM Sultan Johor turut bertitah mengingatkan segelintir pihak supaya tidak mempolitikkan isu vaksin.

“Isu vaksin ini tidak seharusnya dipolitikkan, sebaliknya kerajaan sedang dan terus berusaha serta mengambil pelbagai pendekatan berkesan bagi meningkatkan pendaftaran rakyat untuk mendapatkan vaksin,” titah baginda lagi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok