Sultan Johor gesa kerajaan pusat beri peruntukan lebih besar

June 16, 2022 · Isu semasa

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menggesa Kerajaan Persekutuan supaya memberi peruntukan lebih besar kepada Johor kerana hampir RM13 bilion hasil persekutuan dikutip dari negeri itu pada setiap tahun.

Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan beberapa keadaan bangunan persekutuan seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar yang tidak diselenggara dengan baik, lapor Bernama.

Titah baginda kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap serta keadaan yang selesa.

“Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara.

“Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia, mungkin Johor akan lebih maju jika berdiri di atas kaki sendiri,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

Sultan Ibrahim turut berharap Kerajaan Persekutuan segera menaik taraf Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Senai-Desaru, selain memperbaiki keadaan jalan-jalan persekutuan yang rosak dan berlubang, seperti jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.

Sultan Ibrahim turut menggesa kerajaan agar memperkenalkan semula dasar mesra pelabur dan memberikan insentif yang menarik seperti pengecualian cukai dan duti untuk merancakkan kembali pelaburan di negeri itu.

Selain itu, semua pihak, tidak kira kerajaan atau pembangkang, perlulah bekerjasama bagi menarik lebih banyak pelabur untuk menjalankan perniagaan di negeri Johor, titah baginda

“Selain daripada membuat promosi, kerajaan perlu mengurangkan kerenah birokasi atau red tape yang memudahkan urusan pelabur untuk memulakan perniagaan,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan kerajaan negeri supaya mesti mempunyai kewangan yang kukuh dan berbelanja dengan berhemah.

“Jika kewangan kita yang lemah, maka kerajaan sukar untuk berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Ingat pesanan saya, jangan belanja lebih daripada apa yang kita kutip. Jika dapat hasil RM10, janganlah belanja RM12 tetapi hanya belanja RM8, selebihnya dibuat simpanan untuk waktu susah atau kecemasan.

“Saya faham tentang perbelanjaan besar yang terpaksa dibuat pada tahun lepas akibat Covid-19, namun selepas ini kerajaan mesti berbelanja dengan lebih berhemat,” titah Sultan Ibrahim.

Sultan Johor turut menitahkan agar kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik.

Baginda mahu pelantikan ketua kampung tidak dikaitkan dengan mana-mana parti politik, selain pelantikan Ahli Majlis Tempatan juga dibuat secara teliti, dengan mengambil kira taraf pendidikan, kepakaran dan pengalaman kerja, bukan mengikut jawatan parti politik.

“Saya mahu kerajaan negeri bergerak tanpa kepentingan politik. Bantuan oleh kerajaan juga hendaklah dibuat melalui jabatan kerajaan, pejabat daerah, penghulu dan ketua kampung supaya ia tidak berbau politik,” titah Sultan Ibrahim.

Berita berkaitan
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022· Politik
RM15 juta disalur kerajaan pusat kepada Johor, kata MB
May 22, 2022· Isu semasa
Peruntukan DBKL akan diguna serta-merta bagi atasi banjir kilat: Shahidan
April 28, 2022· Isu semasa
PH Johor tak setuju PRN diadakan, tapi tetap akan masuk bertanding
January 23, 2022· Politik
Popular
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Enjin bot rosak: 10 pemancing, 3 kru selamat
July 2, 2022
Keluarga B40 bertambah, MPN gesa usaha pulih ekonomi dipercepat
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
1 jam lalu · Isu semasa
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
7 jam lalu · Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
8 jam lalu · Isu semasa
Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat
9 jam lalu · Isu semasa
Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok