Sultan Johor bertitah jangan terlibat dalam perhimpunan jalanan

June 24, 2022 · Isu semasa

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah perhimpunan jalanan seperti dicadangkan seorang pemimpin DAP bukannya cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.

Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat sebaliknya boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain, lapor Bernama.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstrasi yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada tahun 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpunan Bersih? Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibatkan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita‚Ķ tiada yang menang. Semuanya akan rugi.

“Kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpunan sebegitu. Undang-undang negara kita mesti dihormati. Janganlah buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan,” titah baginda.

Baginda bertitah perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatkan pemulihan negara daripada pandemik Covid-19.

“Janganlah buat perhimpunan sebegini. Pertumbuhan negara kita mesti dipupuk melalui dialog yang matang, bukan tindakan yang akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara,” titah baginda.

Rabu lepas, Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali dilaporkan mencadangkan rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.

Sheikh Umar yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh dipetik sebagai berkata jika sejuta orang dapat dihimpunkan di tengah Kuala Lumpur, mungkin barulah kerajaan akan membuka mata mengenai kesusahan rakyat.

Berita berkaitan
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
July 1, 2022· Isu semasa
Kurangkan subsidi, tapi kerajaan bagi rakyat RM100 dan RM50 saja: Guan Eng
July 1, 2022· Isu semasa
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Guan Eng tak minta jam tapi saya yang beri, kata saksi perbicaraan
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
5 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok