Sukuk Kelestarian terlebih langganan bukti ketepatan kita urus ekonomi

April 24, 2021 · Isu semasa

Terbitan Sukuk Kelestarian berdaulat pertama menggunakan mata wang Amerika Syarikat (AS) sehingga mencatatkan lebihan langganan 6.4 kali membuktikan negara kini berada di landasan tepat dalam pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih mampan dan kukuh.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keadaan itu juga mencerminkan keyakinan pelabur dan pasaran terhadap langkah pemulihan dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun kerajaan berdepan cabaran pandemik Covid-19.

“Kejayaan kerajaan Malaysia menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam dolar AS dengan jumlah nilai AS$1.3 bilion itu adalah satu pencapaian yang membanggakan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Khamis, kerajaan Malaysia berjaya menetapkan harga Sukuk Kelestarian berdaulat pertama di dunia dalam dolar AS menerusi terbitan bertempoh matang 10-tahun berjumlah AS$800 juta dan sukuk bertempoh matang 30-tahun AS$500 juta dengan pengagihan menyeluruh dari Asia hingga ke AS.

Melalui lebihan langganan sebanyak 6.4 kali, saiz terbitan asal dinaikkan daripada AS$1.0 bilion kepada AS$1.3 bilion. Berdasarkan permintaan yang menggalakkan, kerajaan juga berjaya menetapkan harga yang kompetitif bagi Sukuk Kelestarian tersebut.

Perdana menteri yakin ini juga akan terus menyerlahkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam pasaran kewangan Islam global.

“Insya-Allah, Sukuk Kelestarian ini akan terus meletakkan kita di landasan pembangunan yang lebih lestari, mampan, berdaya tahan dan berdaya saing selaras dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.” katanya.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok