Suku pertama 2023 paling sesuai PRU-15, kata bekas Pengerusi SPR

June 27, 2022 · Isu semasa

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) paling sesuai diadakan pada suku pertama tahun depan, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.

Beliau berkata PRU-15 sepatutnya diadakan lebih awal memandangkan kerajaan sedia ada bukan rakyat yang dipilih dan tidak sah dari segi demokrasi.

“Kita sepatutnya mengadakan pilihan raya umum. Ia sepatutnya sudah lama dilakukan,” kata Rashid kepada The Malaysian Insight semasa temu bual.

“Mereka kata ini kerajaan ‘istana’, betul… ini bukan kerajaan rakyat… betul mengikut Perlembagaan… tetapi ini bukan kerajaan yang dipilih,” tambahnya.

Selain itu, Rashid berkata kerajaan sekarang tidak stabil akibat gabungan parti yang berbalah dan mereka yang berebut jawatan.

“Perdana Menteri sentiasa perlu bermain politik antara parti yang bercampur aduk dengan masalah semasa negara, ekonomi kita teruk, pelabur lari,” katanya.

Rashid berkata PRU perlu diadakan tidak lama lagi dan masa terbaik ialah selepas pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun depan.

“Mungkin awal tahun depan,” katanya.

Sebelum ini, bekas Peguam Negeri Tan Sri Tommy Thomas berpandangan PRU-15 adalah perkara terakhir dimahukan rakyat ketika ini, sekali gus perlu diadakan selewat mungkin.

Katanya, PRU-15 tidak perlu diadakan sehinggalah penggalnya tamat tahun depan dan ketika ini semua pihak sepatutnya memberi tumpuan membantu kerajaan melaksanakan dasar yang betul.

“Perlu ada langkah untuk elak adakan PRU-15 sebelum penggal lima tahun itu tamat. Jika kita lihat sejarah, kebanyakan penggal parlimen berakhir sehingga lima tahun, jadi PRU-15 boleh diadakan pada Ogos atau September 2023, tentunya setahun lagi,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO Bahagian cadang Ku Nan kekal sebagai calon di Putrajaya: Laporan
9 jam lalu· Politik
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022· Politik
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
August 14, 2022· Politik
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
August 14, 2022· Politik
Popular
Permohonan Najib ‘cacat, pentingkan diri sendiri’, kata pendakwaan
August 15, 2022
Perbicaraan Najib wajar ditangguh sehingga siasatan Nazlan selesai: Hisyam Teh
August 15, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kejatuhan harga minyak, kadar faedah China jejas nilai ringgit
2 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara lulus empat RUU
3 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia ditutup rendah
3 jam lalu · Isu semasa
KKM mohon lebih banyak dana penjagaan kesihatan awam
3 jam lalu · Isu semasa
Skandal kapal tak siap: Bekas pegawai tinggi BNS didakwa esok
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
8 jam lalu
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok