Sukan SEA: Kita raih emas keempat

May 9, 2022 · Isu semasa

Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi terus menjadi lubuk skuad terjunan negara memburu emas, dengan terbaharu pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31.

Kilauan pingat emas terus dituai skuad terjun kebangsaan selepas pasangan Ng Yan Yee-Ong Ker Ying mempamerkan aksi cemerlang untuk mendominasi saingan final acara 3 meter (m) papan anjal seirama wanita Sukan SEA ke-31 di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini.

Yan Yee-Ker Ying yang pertama kali bergandingan di pentas antarabangsa dinobatkan sebagai pemenang apabila mengumpul keseluruhan 276.30 mata dalam lima terjunan, lapor Bernama.

Pasangan tuan rumah, Mai Hong Hanh-Ngo Phuong Mai yang memungut 237.57 mata meraih pingat perak, sementara gangsa menjadi milik wakil Singapura Ashlee Tan Yi Xuan-Fong Kay Yian selepas mengumpul 229.41 mata.

Pencapaian dilakar Yan Yee-Ker Ying adalah pingat emas keempat disumbangkan kem terjun negara di temasya sukan dwitahunan itu, selepas Ooi Tze Liang turut cemerlang merangkul emas dalam acara 1m papan anjal lelaki pada saingan final terdahulu.

Kem terjun akan meneruskan pemburuan pingat emas esok dengan Yan Yee dan Ker Ying menggalas cabaran negara dalam acara 3m papan anjal wanita, sementara gandingan Jellson Jabillin-Hanis Nazirul Jaya Surya bertanding dalam acara 10m platform seirama lelaki.

Malaysia menyasarkan menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan SEA edisi kali ini.

Berita berkaitan
Pengguna rugi RM239,530 beli emas dalam talian
April 8, 2021· Isu semasa
Siti minat kumpul emas
April 7, 2021· Isu semasa
Popular
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
March 26, 2023
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
March 26, 2023
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
10 jam lalu · Isu semasa
Selepas tak dapat jumpa Putera Mahkota, PMX lawat Kemboja esok
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada masalah nak bina kuil, ikut syarat, jaga sensitiviti umat Islam
15 jam lalu · Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
16 jam lalu · Isu semasa
Banjir: Semua PPS di Johor ditutup
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok