Sudahkah polis siasat penyokong Najib berhimpun 19 Januari lalu?

March 11, 2023 · Isu semasa

Media melaporkan bahawa polis menyiasat perhimpunan solidariti kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis lalu.

Memetik Bernama, pihak polis juga telah mengenal pasti individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dipetik sebagai berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Perhimpunan itu, turut diadakan semalam (Jumaat, 10 Mac 2023) di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ketika Muhyiddin dihadapkan di Mahkamah Sesyen, menyaksikan kehadiran beberapa pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN).

Mereka, termasuk bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Setiausaha Agung Bersatu; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris; bekas Menteri Kanan Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali, dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Namun, langkah polis mahu menyiasat perhimpunan solidariti kepada Muhyiddin itu menimbulkan persoalan, kerana sesetengah pihak bertanya apa bezanya dengan perhimpunan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang berkumpul di luar Istana Kehakiman di Putrajaya pada 19 Januari lalu.

Mereka mempersoalkan adakah polis turut menyiasat perhimpunan penyokong Najib itu?

Untuk rekod, Muhyiddin berdepan beberapa pendakwaan yang dianggap sebagai pertuduhan terpilih bermotifkan politik, bertujuan melumpuhkan Bersatu dan PN, menjelang pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Tindakan itu dikatakan dilakukan setelah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional hilang sokongan bangsa Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen PN Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut mempersoalkan kenapa polis menyiasat perhimpunan solidariti kepada Muhyiddin.

Ketua Armada Bersatu Malaysia itu berkata orang ramai berkumpul sendiri selepas mendengar Muhyiddin dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM untuk disoal siasat.

“Memang benar polis mempunyai hak untuk menyiasat, namun perhimpunan itu tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak.

“Mereka yang berkumpul hanyalah orang ramai yang ikhlas menyokong Muhyiddin,” katanya pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Armada di Menara PGRM, hari ini (Sabtu, 11 Mac 2023).

“Saya tidak tahu mengapa mereka (polis) akan menjadikan ini masalah sedangkan kami hanya di sana untuk menunjukkan sokongan kami. Adakah ini jenayah sekarang?

“Kami tidak berhimpun. Kami hanya menunggu Muhyiddin tiba, dan kami bersurai selepas itu. Jadi apa isunya?

“Jika polis cuba menjadikannya isu, maka kita mesti menjelaskan perkara ini dengan pihak berkuasa. Ia tidak pernah dimaksudkan sebagai perhimpunan dan tidak ada (satu) penganjur tertentu.

“Kami diberitahu Muhyiddin akan disoal siasat dan ditahan selepas itu. Oleh itu kami semua, termasuk ahli Parlimen pembangkang, datang untuk menunjukkan sokongan kami.”

Berita berkaitan
Kertas siasatan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’ dibuka: Polis
March 19, 2023· Isu semasa
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok