
Penerima vaksin yang berusia lebih 80 tahun bergambar sambil memegang placard selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali ke-2 di PPV Axiata Arena, Bukit Jalil. – Gambar Agenda Daily, 7 Jun, 2021.
Sebanyak 7,039,072 jumlah dos vaksin keseluruhan sudah diberikan kepada penduduk Malaysia setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Jumlah itu merangkumi 5,072,714 penerima dos pertama dan 1,966,358 individu menerima suntikan dos kedua vaksin dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang diperkenalkan kerajaan.
“Sebanyak 215,968 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.
Dr Adham berkata daripada jumlah suntikan vaksin yang diberikan semalam, 148, 380 merupakan dos pertama manakala 67,588 adalah suntikan dos kedua, pelengkap vaksinasi.
Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 262,635, diikuti Sarawak (202,741), Johor (201,340), Perak (181,545) dan Kuala Lumpur (170,594).