Subsidi untuk orang kurang mampu : Ahmad Maslan

May 19, 2023 · Isu semasa

Kerajaan dalam proses menyediakan mekanisme terbaik untuk untuk melaksanakan subsidi bersasar khusus untuk golongan kurang berkemampuan bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan berpegang kepada falsafah bahawa subsidi perlu diberikan kepada mereka yang kurang mampu bukan orang kaya.

“Pada masa sama jawatankuasa berkaitan akan terus memperhalusi bagaimana cara atau kaedah terbaik yang perlu dilakukan untuk memberi subsidi kepada golongan sasar.

“Tentunya kerajaan membawa falsafah bahawa subsidi perlu diberikan kepada golongan kurang berkemampuan berbanding golongan orang kaya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Mockup Cheque Geran NAPREC di Dewan Jubli Institut Penilaian Negara (INSPEN) di Kajang, hari ini.

Jelasnya lagi, subsidi petrol dan diesel di negara ini lebih banyak dinikamti golongan T20 yang memiliki kenderaan yang banyak dan besar.

“Mereka adalah golongan berada tidak patut menerima lebih banyak subsidi.

“Sebab itu pelaksanaan subsidi bersasar perlu dilakukan selain subsidi kepada golongan T20 berkenaan kita boleh gunakan untuk projek pembangunan kerajaan.

“Golongan T20 tidak memerlukan subsidi berkenaan, tetapi M40 dan B40 adalah golongan yang sepatutnya menerima lebih banyak subsidi berbanding golongan kaya,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengumumkan kerajaan dijangka melaksanakan subsidi bersasar termasuk untuk petrol RON95 dan diesel bermula tahun hadapan yang akan dilaksanakan secara berperingkat.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
June 4, 2023· Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
June 4, 2023· Politik
RON97 naik dua sen, harga RON95 dan diesel kekal tak berubah
May 31, 2023· Isu semasa
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok